Skip to main content

Posts

Showing posts from 2024

SELAMAT TINGGAL 2024 & SELAMAT DATANG 2025.

   SELAMAT TINGGAL 2024 & SELAMAT DATANG 2025. Assalamu'alaikum warahmatullah. Hari ini adalah hari terakhir 2024 & bakal tiba kehadiran 01 Januari 2025. Didoakan semoga kehadiran tahun baru ini bakal memberi satu cahaya dan idea baru & dapat membina satu azam baru buat kita semua, yang mana ia akan dapat membakar semangat dan kekal positif dalam terus mengharungi cabaran-cabaran baru yang bakal tiba nanti. Semoga tahun baru ini akan memberi rezeki, kebaikan dan kelebihan kepada kita semua, ketimbang daripada tahun lalu. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.

IIUM Staff Contingent Appreciation 2024 ... tahniah atlit² ITD

30 Dec 2024 - Hari ini telah berlangsung majlis IIUM Staff Contingent Appreciation 2024, di Banquet Hall, IIUM. ITD Club ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlit² ITD, iaitu sis Norliza bt. Ahmad Zainuddin dan bro Azizulkefly bin Muhamed Amin, kerana telah menjadi antara atlit yang mendapat anugerah penghargaan di majlis berkenaan. Untuk info, sis Norliza & team telah mendapat pingat perak (silver) untuk acara Netball di Kejohanan SUKUM 2024. Manakala, bro Azizulkefly telah mendapat dua pingat gangsa dalam acara Pingpong Single & Pingpong Beregu Campuran, di kejohanan yang sama, yang telah berlangsung di UMS pada Aug 2024. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlit ITD, dan semoga anda akan terus cemerlang dan sukses di masa² akan datang. .

So Long, Farewell... bro Khairulannuar Mat Tahir

12 Dec 2024 - Hari ini adalah hari terakhir buat bro Khairulannuar bin Mat Tahir berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Khairulannuar,  telah memulakan karier di IIUM pada Aug 2001 di IIUM Gombak selaku Penolong Pegawai IT gred F5(F29). Beliau telah berkhidmat di IIUM selama 23 tahun dan menamatkan perkhidmatan (resigned) di ITD sebagai Pegawai IT (F41), pada tarikh tamat 13 Dec 2024. Untuk rekod, bro Khairulannuar juga pernah berkhidmat IIUM Library (2003-2008) dan di IIUM CFS Petaling Jaya (2008-2013). ITD CLUB ingin mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Khairulannuar bin Mat Tahir , dan semoga akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Khairulannuar, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerja...

SUPANUN 2024 : Selamat Maju Jaya atlit ITD.

16 Oct 2024 -  Selamat Maju Jaya  diucapkan untuk atlit ITD yang akan mewakili IIUM ke Kejohanan Sukan Pantai Persatuan Badan Berkanun Malaysia (SUKUM) untuk edisi tahun 2024, yang bakal berlangsung di pusat rekreasi Pantai Balok, Kuantan Pahang, dari 16 - 20 October 2024. Untuk tahun ini, hanya seorang staff ITD telah terpilih untuk  mewakili IIUM, iaitu  sis Norliza Ahmad Zaiduddin @CikL (mewakili IIUM untuk acara Netball Pantai). Sama2 kita doa-kan sis Norliza (Cik L) akan dapat memberi persembahan terbaik dan akan membawa pulang kejayaan. Good luck!!! ITD CLUB.

Volleyball Friendly Match - ITD vs OSEM

01 Oct 2024 - Satu perlawanan persahabatan bolatampar (volleyball) telah diatur antara wakil ITD Club & wakil OSEM, pada 01 Oct 2024 (jam 5.00pm) di Indoor VB court, Male Sports Complex. Perlawanan ini diadakan bagi membantu team Finance Division melakukan persediaan sebelum menyertai  kejohanan sukan antara Badan Keselamatan seluruh IPTA di UUM Sintok, pada 04-06 Oct 2024 . Pasukan ITD telah berjaya mengumpulkan beberapa orang pemain² untuk perlawanan persahabatan ini, antara daripada meraka ialah : Fahmi Yusof (manager), Raziq irfan, Amiruddin, Hafizuddin Ruslan, Asnalizam, Syarafi dan Mohd Nazri Baharom (ex itd). Pemain² wanita pula diwakili : Norliza @ CikL, Azni Syahirah & Nur Shahirah Amram. Perlawanan ini berlangsung dengan cukup baik dan meriah, tetapi saingan cukup sengit telah dipamerkan oleh pemain² kedua² pasukan. Tamat perlawanan, keputusan akhir perlawanan adalah,  ITD tewas 2-3 kepada OSEM . Tahniah dan terima kasih diucapkan pada semua pemain² ITD &...

Selamat Bersara bro Mohd Bahad Subairi dan Selamat Maju Jaya buat sis Nurul Faten

13 Sep 2024 - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT  BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA buat bro Mohd Bahad Subairi, di atas persaraan wajib beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 24 Sep 2024. Beliau berkhidmat di IIUM  bermula sejak Aug 1990 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan (antaranya, MSD, AIKOL, KENMS, CELPAD), dan telah berpindah ke ITD Gombak pada Feb 2021 sehingga tamat perkhidmatan pada 24 Sep 2024 sebagai Technician gred J22. Majlis ini juga diadakan untuk meraikan si Nurul Faten Shahida, yang telah dinaikkan pangkat ke gred N22 dan telah berpindah ke MSD IIUM pada 26 July 2024. sis Faten mula berkhidmat di ITD sejak Sep 2015 dan hampir 9 tahun berkhidmat di ITD. Pihak pengurusan ITD telah mengadakan satu majlis farewell khas bagi meraikan mereka berdua pada 13 Sep 2024, untuk memperingati dan memberi penghargaan di atas khidmat mereka sepanjang bertugas di ITD sehingga 2024. Majlis ini juga turut memperkenalkan ...

Volleyball Friendly Match - ITD vs Finance Div.

 03 Sep 2024 - Satu perlawanan persahabatan bolatampar (volleyball) telah diatur antara wakil ITD Club & wakil Finance Division, pada 03 Sep 2024 (jam 5.30pm) di Outdoor VB court, Male Sports Complex. Perlawanan ini diadakan bagi membantu team Finance Division melakukan persediaan sebelum menyertai kejohanan sukan antara Jabatan Bendahari seluruh IPTA di USM Penang, pada 06-08 Sep 2024 . Pasukan ITD telah berjaya mengumpulkan beberapa orang pemain² untuk perlawanan persahabatan ini, antara daripada meraka ialah : Fahmi Yusof (player & manager), Raziq irfan, Mohd Farid Sani, Mohd Arni, Mohd Nadzeri, Hafizuddin Ruslan, dan Mohd Mawardi. Pemain² wanita pula diwakili : Norliza @ CikL, Siti Rasidah @ Cda Cdot & Nur Shahirah Amram. Pasukan Finance Division pula diwakili ramai pemain, antaranya ialah bro Saifurrijal, bro Muhd Nazri Baharom, bro Fazrul Wahid, bro Zahiruddin, sis Siti Nurulhuda, dan ramai lagi. Perlawanan ini berlangsung dengan cukup baik dan meriah, tetapi sain...

SUKUM 2024 : Selamat Maju Jaya atlit ITD

9 Aug Sep 2024 -  Selamat Maju Jaya  diucapkan untuk atlit² ITD yang akan mewakili IIUM ke Kejohanan Sukan Staff IPTA Malaysia (SUKUM) untuk edisi tahun 2024, yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kota Kinabalu, Sabah, dari 08 - 18 Aug 2024. Untuk tahun ini, hanya 2 orang staff ITD (IIUM Gombak) telah terpilih untuk  mewakili IIUM dalam beberapa acara sukan, berbanding 7 orang wakil pada edisi sebelum ini (  edisi 2022   ). Dua orang staff ITD tersebut ialah sis Norliza Ahmad Zaiduddin @CikL (mewakili team Netball) dan bro Azizulkefly (mewakili team Pingpong). Sama2 kita doa-kan agar mereka semua dapat memberi persembahan terbaik dan akan membawa pulang kejayaan. Good luck!!! ITD CLUB. bro Azizulkefly & sis Norliza (CikL)

Takrim Day 2024 : Tahniah sis Norliza @ CikL ... Takrim Award Winner

23 July 2024  : Tahniah diucapkan kepada  Sis Norliza bt Ahmad Zainuddin  di atas kejayaan memenangi Anugerah  IIUM Sports Award (Best Team - Women)  di majlis  IIUM Takrim Day 2024 . Anugerah yang dimenangi tersebut adalah team sports award bagi sukan acara  NETBALL,  yang telah menyertai Kejohanan Sukanun di Perlis pada tahun 2023. Ini adalah kali ke-2 buat sis Norliza memenangi anugerah ini, selepas memenangi pertama kali pada tahun 2019. Tahniah sekali lagi daripada ITD Club. ** Sejarah ITDians yang pernah mendapat Anugerah Q-Award (Takrim) :  klik di sini sis Norliza bt Ahmad Zainuddin ( atlit ITD & IIUM )

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...