12 Dec 2024 - Hari ini adalah hari terakhir buat bro Khairulannuar bin Mat Tahir berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD).
Untuk rekod, bro Khairulannuar, telah memulakan karier di IIUM pada Aug 2001 di IIUM Gombak selaku Penolong Pegawai IT gred F5(F29). Beliau telah berkhidmat di IIUM selama 23 tahun dan menamatkan perkhidmatan (resigned) di ITD sebagai Pegawai IT (F41), pada tarikh tamat 13 Dec 2024. Untuk rekod, bro Khairulannuar juga pernah berkhidmat IIUM Library (2003-2008) dan di IIUM CFS Petaling Jaya (2008-2013).
ITD CLUB ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Khairulannuar bin Mat Tahir, dan semoga akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini.
ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Khairulannuar, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan bro Khairulannuar.
Semoga penghijrahan ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga kita ketemu lagi pada masa akan datang nanti, InsyaAllah.
ITD CLUB.
Comments
Post a Comment