Skip to main content

Selamat Bersara bro Mohd Bahad Subairi dan Selamat Maju Jaya buat sis Nurul Faten

13 Sep 2024 - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT  BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA buat bro Mohd Bahad Subairi, di atas persaraan wajib beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 24 Sep 2024. Beliau berkhidmat di IIUM  bermula sejak Aug 1990 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan (antaranya, MSD, AIKOL, KENMS, CELPAD), dan telah berpindah ke ITD Gombak pada Feb 2021 sehingga tamat perkhidmatan pada 24 Sep 2024 sebagai Technician gred J22.

Majlis ini juga diadakan untuk meraikan si Nurul Faten Shahida, yang telah dinaikkan pangkat ke gred N22 dan telah berpindah ke MSD IIUM pada 26 July 2024. sis Faten mula berkhidmat di ITD sejak Sep 2015 dan hampir 9 tahun berkhidmat di ITD.

Pihak pengurusan ITD telah mengadakan satu majlis farewell khas bagi meraikan mereka berdua pada 13 Sep 2024, untuk memperingati dan memberi penghargaan di atas khidmat mereka sepanjang bertugas di ITD sehingga 2024.

Majlis ini juga turut memperkenalkan seorang staff baru, Muhammad Amiruddin Razali, Engineer (J41) yang akan berkhidmat di kampus Pagoh nanti.

ITD Club juga turut memberikan sedikit token medal untuk atlit² ITD yang bermain sehingga ke final pada kejohanan IIUM Gombak Staff Games (IGSG) 2024 yang lepas. Mereka yang terlibat adalah pasukan Pingpong & pasukan Volleyball ITD, yang telah mendapat tempat ke-2 di kejohanan tersebut.

ITD Club juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat bro Mohd Bahad dan sis Nurul Faten Shahida, diucapkan terima kasih di atas segala khidmat yang telah dicurahkan di ITD selama ini, dan semoga berjaya di dalam apa jua bidang selepas ini.

Semoga kita ketemu lagi.

- ITD CLUB -

** Full album: click here


** ucapan akhir drpd bro Mohd Bahad.





Yang diraikan ... sis Nurul Faten & bro Mohd Bahad Subairi.





staff baru, bro Muhammad Amiruddin bin Razali - Engineer (J41)

Token (silver medal) untuk team Pingpong ITD 2024.

Token (silver medal) untuk team Volleyball ITD 2024.


Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club