Skip to main content

Volleyball Friendly Match - ITD vs Finance Div.

 03 Sep 2024 - Satu perlawanan persahabatan bolatampar (volleyball) telah diatur antara wakil ITD Club & wakil Finance Division, pada 03 Sep 2024 (jam 5.30pm) di Outdoor VB court, Male Sports Complex. Perlawanan ini diadakan bagi membantu team Finance Division melakukan persediaan sebelum menyertai kejohanan sukan antara Jabatan Bendahari seluruh IPTA di USM Penang, pada 06-08 Sep 2024.

Pasukan ITD telah berjaya mengumpulkan beberapa orang pemain² untuk perlawanan persahabatan ini, antara daripada meraka ialah : Fahmi Yusof (player & manager), Raziq irfan, Mohd Farid Sani, Mohd Arni, Mohd Nadzeri, Hafizuddin Ruslan, dan Mohd Mawardi. Pemain² wanita pula diwakili : Norliza @ CikL, Siti Rasidah @ Cda Cdot & Nur Shahirah Amram.

Pasukan Finance Division pula diwakili ramai pemain, antaranya ialah bro Saifurrijal, bro Muhd Nazri Baharom, bro Fazrul Wahid, bro Zahiruddin, sis Siti Nurulhuda, dan ramai lagi.

Perlawanan ini berlangsung dengan cukup baik dan meriah, tetapi saingan cukup sengit telah dipamerkan oleh pemain² kedua² pasukan. Banyak service yang pelik², luar biasa dan menarik, telah dipamerkan & ada beberapa spike telah berjaya dilakukan oleh beberapa pemain.

Tamat perlawanan, keputusan akhir yang telah dibuat adalah seri 2-2.

Tahniah dan terima kasih diucapkan pada semua pemain² ITD & Finance Division yang telah hadir memberikan aksi permainan yang terbaik. InsyaAllah kita akan bertemu di lain masa nanti.

** Photo Gallery : click here

ITD Club.

Antara pemain² yang hadir...

Antara pemain² yang hadir...


** Lihat di Youtube : click here



Comments

Popular posts from this blog

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).