Skip to main content

Posts

Selamat Maju Jaya bro Razman ... berpindah ke IIUM Pagoh

 12 March 2021 - Satu majlis farewell ringkas telah diadakan bagi mengucapkan selamat tinggal kepada bro Razman Bakhtiar yang akan berpindah dan bertugas di Kuliyyah Language and Management (KLM), IIUM Pagoh, Johor. Bro Razman akan memulakan khidmat beliau di KLM Pagoh pada 15 March 2021, dan beliau juga akan bersama keluarga beliau yang sudah berada di Pagoh.

Welcome 2021 & Memories in 2020 (throwback)

  #Memories in 2020 #throwback #ITDCLUB Dec 2020:   1. Selamat Bersara Puan Rohaya Husain (ex staff itd) ...  ( click here )   2. ITD CLUB CSR Initiative - Infaq for CCTV Installation ...  ( click here )    Oct 2020:   1. ITD CLUB CSR Initiative - Infaq for CCTV Installation ...  ( click here )   2. Salam Takziah bro Johari Malik  ... bapa meninggal  ( click here )   3. Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani ... ( click here )    4. Report on ITD Muhibah Visit & CSR to Kuantan ... ( click here )   5. Salam Takziah bro Farid Sani  ... anak sulong meninggal  ( click here )     6. Lawatan Muhibah ke rumah bro Farid Sani ...  ( click here )      Sept 2020:   1. Salam Takziah sis Nur Zulaikha ... bapa mertua meninggal  ( click here )   2. Welcome bro Mizam and bro Abdul Hakim  ( click...

Riadah Sukan Badminton... 30 Dec 2020

 30 Dec - ITD Club di bawah Sports Biro telah menganjurkan aktiviti riadah sukan badminton bertempat di Dewan Badminton KSL Sinamax, Sri Gombak. Hanya 4 orang staf lelaki ITD telah hadir pada kali ini untuk sama² memanaskan badan dan mengeluarkan peluh bermain badminton bersama-sama.

Riadah Sukan Badminton ... 23 Dec 2020

23 Dec - ITD Club di bawah Sports Biro telah menganjurkan aktiviti riadah sukan badminton bertempat di Dewan Badminton KSL Sinamax, Sri Gombak. Dalam lebih kurang 12-13 orang staf lelaki ITD telah hadir untuk sama² memanaskan badan dan mengeluarkan peluh bermain badminton bersama-sama.

Riadah Sukan Badminton ... 16 Dec 2020

 16 Dec - ITD Club di bawah Sports Biro telah menganjurkan aktiviti riadah sukan badminton bertempat di Dewan Badminton KSL Sinamax, Sri Gombak. Dalam lebih kurang 12 orang staf lelaki ITD telah hadir untuk sama² memanaskan badan dan mengeluarkan peluh bermain badminton bersama-sama. ps: sedutan video aktiviti badminton.

ITD CLUB CSR INITIATIVE - INFAQ FOR CCTV INSTALLATION AT KAFA INTEGRASI SG PUSU

 The total collection for the "INFAQ FOR CCTV INSTALLATION AT KAFA INTEGRASI SG PUSU" is: RM555.00 The infaq has been given to the KAFA Integrasi Sungai Pusu Chairman, Br. Ahmad Firhan as the representative of KAFA Integrasi Sungai Pusu on 1st December 2020.  Insya-Allah we hope to gain the baraqah of infaq in our afterlife and insya-Allah the community of KAFA INTEGRASI SUNGAI PUSU can benefit from it too. May Allah reward all our good deeds with His infinite blessing.   Thank you. ITD CLUB 2018/2020

Riadah Sukan Badminton ... 09 Dec 2020

09 Dec - ITD Club di bawah Sports Biro telah menganjurkan aktiviti riadah sukan badminton bertempat di Dewan Badminton KSL Sinamax, Sri Gombak pada 09 Dec 2020 (Wed). Dalam lebih kurang 12 orang staf lelaki ITD telah hadir untuk sama² memanaskan badan dan mengeluarkan peluh bermain badminton bersama-sama.

Selamat Bersara Puan Rohaya Husain ...

       05 Dec 2020 - Hari ini merupakan satu hari bersejarah buat Puan Rohaya Husain, kerana ianya adalah hari persaraan beliau sejak berkhidmat di IIUM sejak May 1987. Semalam 04 Dec 2020 merupakan hari terakhir Puan Rohaya berkhidmat di IIUM, di mana jabatan akhir beliau adalah di Kulliyyah KAED. Beliau bersara genap pada ulangtahun usia ke-58 pada hari ini.        Untuk rekod, Puan Rohaya merupakan bekas staf ITD dan telah berkhidmat di ITD hampir 20 tahun sejak 1998 hingga Jan 2017. Pada tahun 2017 beliau telah berpindah dari ITD ke KAED ( maklumat lanjut ). Puan Rohaya juga merupakan bekas ahli ITD Club dan juga bekas exco ITD CLUB 2014-16, dan pernah memegang jawatan ketua biro Kebajikan.       Puan Rohaya juga terkenal di bidang sukan IIUM, di mana beliau pernah mewakili IIUM dalam beberapa siri kejohanan antara-Universiti (SUKUM) dalam acara tenpin bowling. Beliau telah banyak kali mewakili ITD dan memenangi pingat dala...

Lawatan Muhibbah ke rumah bro Farid Sani

12 Oct - Pada hari ini, ITD CLUB telah menghantar beberapa orang wakil, untuk menyertai lawatan muhibbah ke rumah Bro Mohd Farid Sani, sebagai tanda sokongan moral kepada beliau di atas kehilangan anakanda tersayang yang telah pergi menemui Ilahi pada 10 Oct 2020 yang lalu. Antara yang turut serta dalam lawatan ini - Farisalharisi (Presiden ITD Club), Syed Mohd Hazrul, Izzat Bahaman, Zulhusni, Asnalizam, Safwan Saaid dan bro Fahmi Yusof. Antara kaum hawa yang turut serta ialah - Siti Rasidah, Siti Rohani, Nor Amizan dan Nor Atiqah. Di samping lawatan ini, pihak ITD Club juga telah menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas daripada semua staff ITD. Kami di sini mendoa-kan agar bro Farid sekeluarga dapat bersabar dan sentiasa kuat dengan apa jua dugaan yang dihadapi, insyaAllah. ** Full Album : click here

Salam Takziah bro Mohd Farid Sani ... perginya anakanda tersayang

 Assalamu'alaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎   Dengan ini dimaklumkan bahawa anakanda sulong kepada  Bro. Mohd Farid bin Sani , yang bernama Muhammad Faris bin Mohd Farid , telah kembali ke rahmatullah pada tengahari ini, sekitar jam 1:50pm, 10 October 2020 di wad kecemasan Hospital Selayang, Selangor. Anakanda bro Farid itu dikhabarkan pernah mengalami masalah berkaitan jantung sebelum ini dan sering mendapat rawatan susulan di IJN Kuala Lumpur. Beberapa orang sahabat² ITD turut sama hadir untuk memberi penghormatan terakhir semasa di hospital dan sewaktu majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Selayang Baru, Sg Tua. Marilah sama-sama kita semua men-doakan agar Allahyarham Muhammad Faris ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan untuk bro Mohd Farid Sani sekeluarga. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada Allahyarham Muhammad Faris. أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه. و...