Skip to main content

Posts

Tahniah bro Razman Bakhtiar ... new baby born

Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Bro. Razman Bakhtiar kerana telah dikurniakan seorang  baby girl  pada 9:54 am, 28 Feb 2020, di mana isteri beliau telah selamat melahirkan anak seberat 3.1 kg, secara normal, di Hospital Muar, Johor. FYI,  ini merupakan cahayamata pertama untuk family bro Razman dan isteri. Didoakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada Bro. Razman, dan isteri sekeluarga. InsyaAllah... Amin. Daripada, ITD Club.

Tahniah Dr. Norsaremah Salleh ... Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum... Alhamdulillah, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada Dr Norsaremah Salleh (Direktor ITD), yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Noor Izaki Jusoh, pada 21 Feb 2020, yang telah berlangsung di Masjid Jamek, Langkap, Perak. Majlis resepsi pengantin pula telah diadakan di Dewan MPTI Langkap, Perak, pada 22 Feb 2020. Semoga ikatan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang masa. Amin. Berikut kami kongsikan detik detik manis hari bahagia Dr Norsaremah dan suami terchenta. ** Album Hari Majlis : click here ** Hadiah drpd ITDians : click here . * Credit untuk photographer yang terlibat. Terima kasih.

Tahniah sis Nur Fazira ... new baby born

 Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Sr. Nur Fazira kerana telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada 22-Feb-2020 (Sabtu) pukul 6:30 am. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada Sr. Fazira sekeluarga. InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

Salam Takziah Sis Emy Haryani ... bapa meninggal dunia

Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎  Dengan ini dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Sis. Emy Haryani bt Kamaruddin , (Ketua Biro Kebajikan, ITD Club 2018/2020) telah kembali ke rahmatullah pada petang ini, 04 Feb 2020. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan sis Emy sekeluarga. Sama-samalah kita sedekahkan kepada Al-fatihah arwah ayahanda Emy Haryani. Daripada, ITD CLUB.

Salam Takziah ... perginya bro Norazam Tumin mengadap Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎  Innalillahi wa-inna ilaihi roji'un. Kami mendapat perkhabaran terbaru... sahabat lama rakan², bro Norazam Tumin (ex staf ITD IIUM, Network Technician, mula berkhidmat di ITD, IIUM sekitar Aug 1999) telah kembali ke rahmatullah mengadap Ilahi pada 01 Feb 2020. Dikahabarnkan arwah mengidap sakit berkaitan paru-paru. Kepada tuan² puan² yang mengenali arwah, sama2 kita sedekahkan al Fatihah utk arwah Norazam bin Tumin. Al-fatihah. Daripada, ITD CLUB.

Pesanan daripada Bendahari ITD CLUB

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Warga ITD, Pada ahli-ahli yang ingin membuat bayaran yuran bulanan ITD Club atau semak pembayaran, boleh datang berurusan dengan Bendahari.  Yuran bulanan mengikut kategori di bawah: Gred 40 dan ke bawah ... RM 5.  Gred 41 ... RM 10  Gred 44 dan ke atas ... RM 15.    Bagi mereka yang ada tunggakan sebelum bulan Mac 2019, yuran bulanan ialah RM5 sahaja sebulan. Untuk memudahkan pembayaran, Bendahari akan membuat kutipan bermula Isnin (20 Jan 2020), di tempatworkstation ahli-ahli semua. Terima Kasih.  Bendahari,  ITD CLUB.

Selamat Maju Jaya bro Hafizuddin Hassan ...

 26 Dec 2019 - Satu majlis farewell telah diadakan oleh ITD CLUB bagi merai-kan bro Muhammad Hafizuddin bin Hassan Basri, yang bakal meninggalkan ITD Gombak dan akan memulakan khidmat baru di IT Unit, IIUMMC Kuantan pada awal Januari 2020. Untuk rekod, bro Hafizuddin mula berkhidmat di IIUM dan ITD pada 02 May 2012. Beliau berkhidmat di unit Apps dari sejak mula masuk sehingga penghujung Dec 2019. Bro Hafizuddin juga merupakan seorang atlit yang hebat di ITD dan IIUM. Beliau pernah mewakili ITD dalam beberapa sukan seperti, bolasepak, futsal, pingpong dan volleyball. Bro Hafizuddin juga pernah mewakili IIUM ke sukan SUKUM 2016 (inter-Varsity) dalam acara sukan futsal. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh bro Hafizuddin di peringkat IIUM Staff Games: Volleyball - Silver (2019) . Pingpong (Men Doubles)  - Bronze (2015 & 2019), Gold (2016) . Futsal - Silver (2018) . Football - Bronze (2019), Silver (2018) . Akhir kata, ITD CLUB mengucapkan setinggi-tinggi Selamat ...

Tahniah sis Siti Rohani Shari ... new baby born

03 Dec 2019 - Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan kepada Sis Siti Rohani bt Shari sekeluarga, di atas kurniaan seorang baby girl, yang telah dilahirkan secara cesarean , ada 02 Dec 2019,  jam 9.23 pm, di Hospital Selayang, Selangor. Diberitakan baby girl tersebut adalah seberat 2.65kg. Didoakan semoga dengan kehadiran puteri comel ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada Sis Siti Rohani dan keluarga. InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

ISG 2019: Tahniah buat atlit ITD ...

18 Nov 2019 - Ribuan Tahniah buat team sukan ITD yang telah berjaya membolot beberapa pingat dalam acara sukan IIUM Staff Games (ISG) Phase 2, 2019 , yang telah berlangsung dari Oct - Nov 2019. Bagi ISG Phase 1, telah berlangsung pada April 2019. Bagi seluruh tahun 2019 ini, atlit² ITD telah berjaya membawa pulang pingat sebanyak; 3 EMAS, 4 PERAK, dan 3 GANGSA . ** PEMENANG PINGAT EMAS: Traditional Games - sis Siti Rohani, Nor Atiqah, Nor Amizan, Emy Haryani, Khuzaimah.  (  ...berita lanjut  ) Dodgeball (Men) - Asnalizam, Razman, Farid Sani, Shahrin Saat.  (  ...berita lanjut  ) Pingpong (Men Veteran Double) - Ahmad Fahmi Yusof.  (  ...berita lanjut  ) ** PEMENANG PINGAT PERAK : Pingpong (Women Double) - sis Norliza Zainuddin.  (  ...berita lanjut  ) Badminton (Men Senior Double) - Hairulnizam (Nik).  (  ...berita lanjut  ) Volleyball (Men) - Fahmi (C), Sauffee, Zulhusni, Farid Sani, Farid Ke...

ISG 2019: Volleyball - kem ITD sapu dua pingat PERAK

15 Nov - Di arena sukan terakhir di ISG 2019, pasukan Ibnu Ahmad yang dibarisi 80% atlit ITD, telah berjaya mara ke final pertama mereka dan membawa pulang pingat PERAK, satu untuk team Men dan satu lagi pingat PERAK dalam acara Women. Pasukan lelaki yang dibarisi majoriti staf ITD, buat pertama kali layak ke final selepas kemarau panjang dalam acara volleyball. Di final, team Ibnu Ahmad bertemu dengan team kulliyyah, iaitu Al Razi. Selepas mengharungi 3 perlawanan sebelum itu, dan beberapa pemain sudah ada yang kepenatan dan tercedera, cukup pingat PERAK buat team Ibnu Ahmad. Antara pemain ITD buat team Ibnu Ahmad ialah : Fahmi Yusof (C), Hafizuddin, Mohd Arni, Farid Sani, Farid Kereyah, Meor Shahfitri, Mohd Nadzeri, Zulhusni, Safwan Saaid, Mohd Sauffee. Bagi team wanita, sis Nor Atiqah Masduki dan sis Norliza telah mewakili ITD dalam team Ibnu Ahmad, dan mereka bergabung dengan beberapa staf Library, untuk menggondol pingat PERAK, yang mana juara adalah team Al Ghazali. Tahni...