Skip to main content

Posts

So Long, Farewell ... Goodbye bro Muhammad Syukor

12 Feb 2019 - Hari ini merupakan hari terakhir bro Muhammad Syukor Rijimi berkhidmat di ITD dan IIUM sejak January 2014. ITD CLUB dengan ini mengucapkan " Selamat Maju Jaya " kepada bro Syukor, dan terima kasih di atas segala sumbangan² yang telah diberikan oleh beliau sepanjang berkhidmat di ITD sejak awal tahun 2014. So Long, Farewell .... Sumbangan kenangan daripada team DBE & team BI ...

Majlis Farewell Bro Syukor Jimmy dan Mohd Zahir

11 Feb 2019 - Satu majlis perpisahan telah diadakan oleh ITD CLUB bagi meraikan beberapa staf yang telah dan akan meninggalkan ITD. Antara yang utama, majlis ini adalah bagi mera'ikan bro Syukor yang akan meninggalkan ITD dan IIUM tidak lama lagi. Beliau akan berkhidmat dengan sebuah company swasta di sekitar Kuala Lumpur. Antara lain yang dira'ikan ialah : 1. Bro Mohd Zahir - berhenti dari IIUM 2. Sis Nuraqmar - berpindah ke AMAD 3. Sis Nur Fazira  - berpindah ke AMAD 4. Sis Zuraifah - berpindah ke RMC ITD CLUB mengucapkan " Selamat Maju Jaya " kepada semua staff ITD yang telah berkhidmat di ITD dan bakal menempuh cabaran baru diluar sana. Bro Syukor Jimmy bersama CIO Sis Fazi ... berpindah ke office AMAD Bro Zahir ...  berhenti dari IIUM pada akhir Nov 2018 mera'ikan pengantin baru ... Sis Nor Atiqah

TAHNIAH sis Nor Atiqah ... Selamat Pengantin Baru

Salam. Tahniah diucapkan untuk sis  Nor Atiqah binti Masduki , yang telah mendirikan " masjid " pada 03 Feb 2019 bersama pasangannya,  Imran bin Abd Rahman,  di Kg. Seginyeh Inas, Johol, Negeri Sembilan. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang staff ITD (dan keluarga masing²) bagi meraikan kedua-dua mempelai. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan  TAHNIAH  kepada  sis  Nor Atiqah  dan suami  di atas perkahwinan ini. Semoga mereka kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah. ps: credit kpd tuan gambar.

Program ITD Brisk-Walk ...

23 Jan 2019 - Satu program BRISK-WALK telah dijalankan oleh pihak admin ITD untuk semua staff. Ramai staff yang telah hadir & terlibat dengan program ini.

Meeting pertama di tahun 2019

11 Jan 2019 - Meeting pertama AJK ITD Club di tahun 2019. Perbincangan berkenaan projek² dan hala tuju ITD Club di tahun 2019 dan seterusnya.

Salam Takziah Bro Farisalharisi ...

Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenda sebelah ibu kepada Bro. Mohd Farisalharisi (Presiden ITD Club 2018/2020) telah meninggal dunia pagi tadi.  Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga. Al-fatihah.   Daripada, Biro Kebajikan, ITD CLUB.

HAPPY NEW YEAR 2019 ...

ITD CLUB ingin mengucapkan " HAPPY NEW YEAR 2019 " kepada semua ahli-ahli ITD CLUB dan semua ITDians, IIUM. Semoga hidup anda tahun ini akan diberkati, dipermudahkan segala urusan, & juga semoga cita-cita anda semua tercapai. Berikut adalah rangkuman kisah suka duka ITDians sekitar tahun 2018.  klik di sini

TAHNIAH sis Siti Rohani ... Selamat Pengantin Baru

Salam. Tahniah diucapkan untuk sis  Siti Rohani binti Shari , yang telah mendirikan " masjid " pada 22 Dec 2018 bersama pasangannya,  Muhamad Ramdhan bin Basri  di Pasir Mas, Kelantan. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang staff ITD (dan keluarga masing²) bagi meraikan kedua-dua mempelai. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada  sis Siti Rohani dan suami  di atas perkahwinan ini. Semoga mereka kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.