Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2024

Atlit Terbaik dan Harapan ITD 2024

13 Sep - ITD Club telah mengadakan satu sesi penghargaan sukan buat atlit² ITD, pada majlis farewell buat bro Bahad dan Sis Nurul Faten pada 13 Sep 2024. Pada majlis kali ini, Presiden ITD Club telah memgumumkan dan memberi penghargaan medal buat atlit² bagi acara sukan Pingpong & Volleyball yang telah berjuang sehingga ke final dan telah meraih tempat ke-2 dalam kedua-dua acara tersebut. Turut diumumkan, adalah Atlit Harapan 2024 & Atlit Terbaik ITD 2024 (bagi kejohanan sukan domestik IIUM). Mereka adalah : Atlit Harapan ITD 2024 : Olahragawan Harapan : bro Muhammad Hafizuddin bin Ruslan. Olahragawati Harapan : sis Nur Najwa Farhana bt Sahadan. Atlit Terbaik ITD 2024 : Olahragawan Terbaik: bro Muhammad Raziq Irfan bin Mohd Rasidi. Olahragawati Terbaik: sis Norliza bt Ahmad Zainuddin. ITD Club ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua atlit yang telah berjuang di dalam kejohanan sukan domestik IIUM sepanjang tahun 2024. Semoga mereka semua akan lebih cemerlang pada masa a...

Selamat Bersara bro Mohd Bahad Subairi dan Selamat Maju Jaya buat sis Nurul Faten

13 Sep 2024 - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT  BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA buat bro Mohd Bahad Subairi, di atas persaraan wajib beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 24 Sep 2024. Beliau berkhidmat di IIUM  bermula sejak Aug 1990 dan telah berkhidmat di pelbagai jabatan (antaranya, MSD, AIKOL, KENMS, CELPAD), dan telah berpindah ke ITD Gombak pada Feb 2021 sehingga tamat perkhidmatan pada 24 Sep 2024 sebagai Technician gred J22. Majlis ini juga diadakan untuk meraikan si Nurul Faten Shahida, yang telah dinaikkan pangkat ke gred N22 dan telah berpindah ke MSD IIUM pada 26 July 2024. sis Faten mula berkhidmat di ITD sejak Sep 2015 dan hampir 9 tahun berkhidmat di ITD. Pihak pengurusan ITD telah mengadakan satu majlis farewell khas bagi meraikan mereka berdua pada 13 Sep 2024, untuk memperingati dan memberi penghargaan di atas khidmat mereka sepanjang bertugas di ITD sehingga 2024. Majlis ini juga turut memperkenalkan ...

Volleyball Friendly Match - ITD vs Finance Div.

 03 Sep 2024 - Satu perlawanan persahabatan bolatampar (volleyball) telah diatur antara wakil ITD Club & wakil Finance Division, pada 03 Sep 2024 (jam 5.30pm) di Outdoor VB court, Male Sports Complex. Perlawanan ini diadakan bagi membantu team Finance Division melakukan persediaan sebelum menyertai kejohanan sukan antara Jabatan Bendahari seluruh IPTA di USM Penang, pada 06-08 Sep 2024 . Pasukan ITD telah berjaya mengumpulkan beberapa orang pemain² untuk perlawanan persahabatan ini, antara daripada meraka ialah : Fahmi Yusof (player & manager), Raziq irfan, Mohd Farid Sani, Mohd Arni, Mohd Nadzeri, Hafizuddin Ruslan, dan Mohd Mawardi. Pemain² wanita pula diwakili : Norliza @ CikL, Siti Rasidah @ Cda Cdot & Nur Shahirah Amram. Pasukan Finance Division pula diwakili ramai pemain, antaranya ialah bro Saifurrijal, bro Muhd Nazri Baharom, bro Fazrul Wahid, bro Zahiruddin, sis Siti Nurulhuda, dan ramai lagi. Perlawanan ini berlangsung dengan cukup baik dan meriah, tetapi sain...