Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Takrim Day 2024 : Tahniah sis Norliza @ CikL ... Takrim Award Winner

23 July 2024  : Tahniah diucapkan kepada  Sis Norliza bt Ahmad Zainuddin  di atas kejayaan memenangi Anugerah  IIUM Sports Award (Best Team - Women)  di majlis  IIUM Takrim Day 2024 . Anugerah yang dimenangi tersebut adalah team sports award bagi sukan acara  NETBALL,  yang telah menyertai Kejohanan Sukanun di Perlis pada tahun 2023. Ini adalah kali ke-2 buat sis Norliza memenangi anugerah ini, selepas memenangi pertama kali pada tahun 2019. Tahniah sekali lagi daripada ITD Club. ** Sejarah ITDians yang pernah mendapat Anugerah Q-Award (Takrim) :  klik di sini sis Norliza bt Ahmad Zainuddin ( atlit ITD & IIUM )

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau