Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

Pasukan Badminton Al Farabi... tiada rezeki untuk mara lebih jauh

Pasukan Badminton AL FARABI STINGERS , adalah pertama kali dibina dan telah menyertai kejohanan Sukan Staff IIUM Gombak 2023 (IGSG 2023) yang telah berlangsung di Male Sports Complex, pada Jumaat, 28 July 2023. Antara atlit-atlit ITD yang telah mewakili AL FARABI adalah : bro Mohd Farid Sani, bro Salehudin Zahari, sis Wan Aqilah Zahirah dan sis Nur Najwa Farhana . Beberapa atlit² lain adalah daripada Centris, OLA dan IIUM Press. Bro Faizal Kamal (Centris) adalah  team manager  kepada pasukan ini. Pasukan Al Farabi telah bermain dgn baik, namun mereka kurang berjaya untuk melepasi peringkat kumpulan dan untuk mara ke peringkat yang lebih jauh. Tahniah untuk usaha team badminton Al Farabi. Semoga lebih maju dan berdaya saing pada masa akan datang. Keputusan Akhir : Juara :   AL GHAZALI Naib Juara :  Al Sufi 3rd Place :  Al Razi Team Badminton Al Farabi... Juara, AL GHAZALI .... dan Naib Juara, Al Sufi.

Tahniah Pasukan Pingpong Al Farabi Stingers ... JUARA IGSG 2023

  Tahniah team Pingpong AL FARABI ... Champion 2023!! Sekalung tahniah diucapkan kepada  team Pingpong AL FARABI STINGERS , yang telah menjadi JUARA bagi kejohanan Sukan Staff IIUM Gombak 2023 (IGSG 2023) yang telah berlangsung di Female Sports Complex, pada Jumaat, 28 July 2023. Antara atlit-atlit ITD yang mewakili AL FARABI adalah : bro Azizulkefly @ Jijoy (Captain), bro Sauffee, bro Che Junaidi, bro Nazrul @ Ayoi, bro Asnalizam dan bro Fahmi Yusof.   Bro Fahmi juga adalah  team manager  kepada pasukan ini.  Pasukan Al Farabi telah bermain dgn baik, dan telah menjadi juara dalam 3 daripada 5 acara yang telah dipertandingkan, iaitu - Men Singles, Men Doubles Senior, Men Doubles Veteran , dan telah dinobatkan sebagai juara berpasukan. Keputusan Akhir : JUARA :   Al Farabi NAIB JUARA :  Al Razi 3rd PLACE :  Al Sufi Keputusan Lengkap Mengikut Acara : Men Singles 🥇 Al Farabi ( Jijoy )  🥈 Al Sufi ( Fathi )  🥉 Al Farabi ( Fahmi & Sauffee ) ... no.3 bersama Men Doubles Senior 🥇 Al Fa

SALAM MAAL HIJRAH 1445H

  SALAM MAAL HIJRAH 1445H Assalamu'alaikum warahmatullah. Kini tiba 01 Muharram 1445 Hijriah. Semoga kehadiran tahun baru ini dapat menyinari hidup kita, dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Jadikan tahun baru ini lebih dari tahun lalu. May Allah give you the strength to live justly and keep you safe from all evil forces. Also, may Allah shower you with gift of love, bravery, wisdom, contentment, health, patience and cleanliness. Wish you and your family Hijri New Year. Salam Maal Hijriah 1445, Selamat Tahun Baru Islam. Semoga silaturrahim sesama kita akan berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.

Pasukan Bolasepak Al Farabi 2023... Berakhir Sebuah Perjuangan

21 July 2023, berakhir satu perjuangan liga bolasepak buat sebuah pasukan yang baru dibina pada tahun 2023 ini. Pasukan Bolasepak Al Farabi telah dirombak dan dibina-semula dengan gabungan baru bagi tahun 2023 - antara KCD yang bergabung di bawah rumah Al Farabi adalah seperti : ITD, OCAP, IIUM Press, OCAP & Rector Office. Kali terakhir liga bolasepak staff ini dilangsungkan adalah pada tahun 2019, di mana ITD telah berada di bawah gabungan Ibnu Ahmad . Antara pemain² berdaftar untuk team bolasepak AL FARABI STINGERS  bagi tahun 2023 adalah seperti berikut: Team Manager  : Ustad Mohd Solahuddin (IIUM Mosque). Team Coach : bro Asnalizam Abu Talib (ITD). ITD  : Asnalizam, Shahrin Saat, Mohd Arni (C), Mohd Nadzeri Nordin, Meor Shahfitri, , Muhammad Irfan Mazlan, Mohd Arni, Shawalfitri Safar, Mohd Farid Sani, Noor Azrul Idham, Muhammad Aiman Hakim, Megat Muhamad Fazrin, Muhammad Firdaus Shaharuddin,  Muhammad  Khalil Hasrul,  Shawalfitri, Shahrizal Mahmud,  Muzamil Manzor (ITD ISTAC) 

Tahniah Pasukan Petanque Al Farabi Stingers ... JUARA IGSG 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada  team Petanque AL FARABI STINGERS , yang telah menjadi JUARA bagi kejohanan Sukan Staff IIUM Gombak 2023 (IGSG 2023) yang telah berlangsung di Female Sports Complex, pada Sabtu, 15 July 2023. Antara atlit-atlid yang mewakili AL FARABI adalah : sis Sharipah Salmah (Rector office), bro Ramzi Mohamed, bro A. Kamal Bahri dan bro Mohd Anuar Zaid (OCAP). bro Ramzi juga adalah  team manager  kepada pasukan ini. Tiada pemain wakil ITD dalam pasukan kali ini. Pasukan Al Farabi telah bermain dgn baik, dan telah memenangi semua perlawanan, dan telah dinobatkan sebagai juara. Keputusan Akhir : JUARA :   Al Farabi NAIB JUARA :  Al Razi 3rd PLACE :  Ibnu Ahmad

Tahniah Pasukan Netball Al Farabi Stingers ... Naib Juara IGSG 2023

Sekalung tahniah diucapkan kepada team Netball AL FARABI STINGERS , yang telah menjadi NAIB JUARA bagi kejohanan Sukan Staff IIUM Gombak 2023 (IGSG 2023) yang telah berlangsung di Female Sports Complex, pada Jumaat, 14 July 2023. Pasukan AL FARABI ini adalah gabungan beberapa KCDi , antaranya: ITD, OLA, OSIC, OCAP, Rector Office, SHAS Mosque, Centris, IIUM Press, OIA, KCA, dan ARD. Antara atlit-atlid ITD yang mewakili AL FARABI adalah : Norliza (Cik L), Siti Raiza Misbah & Nur Najwa Farhana. sis Norliza (cik L) juga adalah team manager kepada pasukan ini. Pasukan Al Farabi telah bermain dgn baik, dan melepasi peringkat kumpulan dan semi final. Mereka telah berjaya mara ke final untuk bertemu pasukan Al Ghazali Gladiators. Persembahan baik mereka sebelum ini tersekat di final apabila tewas 1-8 kepada Al Ghazali. Namun, sekalung tahniah buat team Al Farabi Stingers, di atas pencapaian terbaik mereka buat tahun 2023 ini.  Keputusan Akhir : JUARA :   Al Ghazali NAIB JUARA :  Al Farabi