Skip to main content

Posts

Showing posts from 2023

SELAMAT TAHUN BARU 2024 ...

  SELAMAT TAHUN BARU 2024 Assalamu'alaikum warahmatullah. Hari ini tiba kehadiran 01 Januari 2024. Didoakan semoga kehadiran tahun baru ini bakal memberi satu sinar baru & dapat membina satu azam baru buat kita semua, yang mana ia akan dapat membakar semangat dan kekal positif dalam terus mengharungi cabaran-cabaran baru yang bakal tiba nanti. Semoga tahun baru ini akan memberi rezeki, kebaikan dan kelebihan kepada kita semua, berbanding daripada tahun lalu. Selamat Tahun Baru 2024. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.

Selamat Maju Jaya... buat bro Fathul Arif & bro Amar Syahmi

06 Sep 2023  - Satu majlis farewell ringkas telah diadakan di BYOD Lab, ITD buat dua orang staff ITD,  bro Fathul Arif bin Kamarudin & bro Amar Syahmi Sulaiman , yang mana mereka berdua bakal meninggalkan ITD dan IIUM tidak lama lagi. ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan  SELAMAT  MAJU JAYA  buat   Bro Fathul Arif & bro Amar Syahmi , di atas perletakan jawatan mereka dari IIUM, yng mana mereka akan tamat khidmat pada 19 Sep dan 09 Sep 2023. ITD Club mendoakan agar bro Fathul Arif & bro Amar Syahmi akan lebih maju jaya dan berjaya di luar sana, dan semoga yang terbaik untuk mereka berdua,  InsyaAllah. ** Album Majlis Farewell ITD :  klik di sini Bro Fathul & bro Amar Syahmi bro Amar Syahmi Bro Fathul Arif. Bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club) ... Emcee of the day. Ucapan drpd Bro Abu Hurairah. Ucapan drpd Bro Syed Hazrul. Penyampain token farewell buat bro Amar Syahmi. Penyampain token farewell buat bro Fathul Arif. Penyampain hadiah istimewa buat pen

SUKANUN 2023 di Perlis ... SELAMAT MAJU JAYA

  Salaam. ITD CLUB ingin mengucapkan Selamat Bertanding kepada atlit-atlit ITD yang mewakili IIUM  untuk bertanding di Kejohanan Sukan Antara Badan² Berkanun Malaysia ( SUKANUN ) 2023 yang sedang dianjurkan di UiTM cawangan Perlis. Antara atlit-alit ITD yang terpilih ke kejohanan ini ialah : 1. Bro Azizulkefly Muhd Amin - acara Pingpong 2. Bro Mohd Sauffee Zulkiflee - acara Pingpong 3. Sis Norliza Zainudin - acara Netball 4. Bro Shahrin Saat - acara Bolasepak (Senior) ** Bro Fahmi Yusof (yang juga atlit pingpong IIUM) telah menarik diri daripada menyertai kejohanan ini. Selamat Berjuang & Selamat Maju Jaya diucapkan buat atlit² ITD. - ITD CLUB - Bro Sauffee & Bro Azizulkefly (Pingpong) Sis Norliza @Cik L (Netball) Bro Shahrin Saat (Bolasepak)

TAHNIAH Aiman Hakim dan Wan Aqilah ... Selamat Pengantin Baru

25 Aug 2023 - Tahniah diucapkan buat bro  Aiman Hakim Johar dan sis Wan Aqilah Zahirah  , di atas pertukaran status kepasa " suami & isteri " selepas selesai akad nikah pada petang 25 Aug 2023 di Taman Samudera, Batu Caves.. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada  bro Aiman & sis Wan Aqilah  di atas perkahwinan ini. Didoakan semoga mereka berdua kekal & bahagia sehingga akhir hayat. InsyaAllah... Amin.

Salam Takziah sis Nur Najwa Farhana ... ayahanda kembali ke rahmatullah

  Assalamu'alaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kpd sis Nur Najwa Farhana (F41  TD) telah meninggal dunia sekitar petang, 23 Aug 2023 . Salam takziah buat sis Nur Najwa dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’aa fiha wa’fu anhu. Sama² lah kita doa-kan semoga arwah ayahanda sis Nur Najwa ditempatkan di kalangan para solehin dan dicucuri rahmat oleh Allah swt. -ITD CLUB-

IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2023

  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2023 Sports Development Centre (SDC) telah mengadakan satu pertandingan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES 2022  , pada 18 Aug 2022 telah berlangsung di kompleks sukan IIUM Kuantan campus. Beberapa acara telah dipertandingkan dan beberapa atlit ITD telah terpilih -19untuk bertanding di dalam beberapa acara. < staff ITD yang terlibat > Berikut adalah keputusan penuh daripada kejohanan tersebut: 🥇  PINGPONG -  Juara ( wakil ITD : Fahmi Yusof, Mohd Sauffee, Azizulkefly ) 🥈  F OOTBALL  - Naib juara ( wakil ITD : Shahrin Saat ) 🥈  NETBALL  -  Naib juara ( wakil ITD :  Norliza @ CikL  ) 🥈  P ETANQUE  -  Naib juara 🥈  BADMINTON  -  Naib juara ps: Tahniah diucapkan buat semua atlit2 ITD yang telah bertanding. 💐🥇🥈🥉 Antara wakil ITD ... Fahmi (Pingpong) & Cik L (Netball) Team Pingpong (IIUM Gombak) Antara wakil ITD ... Fahmi & Sauffee (Pingpong) & Cik L (Netball) Team Pingpong (IIUM Gombak) - Men Doubles veteran Team Pingpong (IIUM Gomba

Selamat Maju Jaya ... staff ITD ke ISTG 2023

 ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD yang bakal mewakili kampus IIUM Gombak ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES 2023  yang bermula pada 18-19 Aug 2023 , yang dianjurkan di Kuantan campus, oleh SDC IIUM.  Staff² ITD yang terlibat adalah : sis Norliza Zainuddin  -  sukan Netball bro Fahmi Yusof  -  sukan Pingpong  bro Azizulkefly Muhamed Amin  -  sukan Pingpong  bro Sauffee Zulkiflee  -  sukan Pingpong  bro Shahrin Saat -  sukan Bolasepak (Senior) ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit kepada lawan masing-masing, dan semoga mereka mampu membawa pulang pingat kemenangan. InsyaAllah. . Atlit² Pingpong IIUM Gombak : Mohd Sauffee, Fahmi Yusof & Azizulkefly Muhamed Amin. Atlit Netball IIUM Gombak : Norliza @ Cik L. Atlit Bolasepak IIUM Gombak : Mohd Shahrin Saat.

Selamat Maju Jaya buat bro Zulhusni

  11  Aug 2023  - Satu majlis farewell telah diadakan di BYOD Lab, ITD buat salah seorang staff ITD, bro Muhammad Zulhusni bin Mat Isa , yang mana beliau bakal meninggalkan ITD dan IIUM tidak lama lagi. ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan  SELAMAT  MAJU JAYA  buat Ketua Biro Tarbiyyah ITD Club 2021-2023, iaitu  Bro Muhammad Zulhusni bin Mat Isa , di atas perletakan jawatan beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau akan tamat pada 31 August 2023, akan tetapi beliau akan mula bercuti terus bermula 12 Aug 2023. Bro Zulhusni akan berkhidmat dengan sebuah company swasta (dari Poland) di Kuala Lumpur. ITD Club mendoakan agar bro Zulhusni akan lebih maju jaya dan berjaya di luar sana, dan semoga penghijrahan ini dapat memberi 1000 kebaikan buat bro Zulhusni. InsyaAllah. ** Album Majlis Farewell ITD :  klik di sini