Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Tahniah buat atlit² ITD ... Pingpong raih gangsa SUKUM 2022

SUKUM 2022 telah berlangsung di UPM Serdang dan seramai 7 orang staff ITD Gombak telah didaftarkan mewakili IIUM untuk ke kejohanan ini. ( senarai atlit² ITD ) Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan buat skuad pingpong IIUM kerana membawa pulang pingat GANGSA daripada Kejohanan Sukan Staff Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang telah berlangsung di UPM Serdang, Selangor, pada 17-24 Sept 2022. Skuad pingpong ini telah dianggotai oleh 9 orang staff IIUM, yang mana 3 daripada mereka adalah staff ITD, iaitu, bro Azizulkefly Muhd Amin dan bro Ahmad Fahmi Yusof  dari ITD (ITD Gombak), dan juga  bro Mustakim Ahmad (IT IIUM SASMEC Kuantan). Pasukan pingpong IIUM telah layak ke semi final, di mana mereka telah bertembung dengan pasukan juara, iaitu pasukan USM, di mana pasukan IIUM telah ditewaskan USM dengan mata 3-0. Pasukan USM telah mara ke final dan menjadi juara dengan menewaskan pasukan UPM dengan mata mudah 3-0. Bagaimana pun, kejayaan membawa pulang pingat gangsa ini adalah sejarah buat

SUKUM 2022 : Selamat Maju Jaya Atlit² ITD

 15 Sep 2022 - Selamat Maju Jaya  diucapkan untuk atlit² ITD yang akan mewakili IIUM ke Kejohanan Sukan Staff IPTA Malaysia (SUKUM) untuk edisi tahun 2022, yang bakal berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, dari 16 - 24 Aug 2022. Untuk tahun ini, 7 orang staff ITD (IIUM Gombak) telah terpilih untuk  mewakili IIUM dalam beberapa acara sukan. Mereka adalah seperti berikut : bro Asnalizam - Cycling (as team manager & athlete) sis Norliza - Netball (athlete) bro Fahmi Yusof - Pingpong (athlete) bro Aiman Hakim Johar - Football Senior (athlete) bro Shahrin Saat - Football Senior (athlete) bro Azizulkefly - Pingpong (as team manager & athlete) bro Nurusan Jamiri - Petanque (athlete) Turut mewakili IIUM juga, adalah bro Mustakim Ahmad (IT Sasmec) dalam acara pingpong dan juga bro Mohd Nooramizi (ITD Kuantan) dalam acara cycling. Sama2 kita doa-kan agar mereka semua dapat memberi persembahan terbaik dan akan membawa pulang kejayaan. Good luck!!! ITD CLUB.