Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2022

ITD Farewell Session 2022 - untuk Hj Azlan, Seri Banun, Azhar, Shah Reza, Zuliana dan Norzaily.

29 Mar - Satu majlis perpisahan telah dianjurkan oleh pihak ITD yang telah diadakan di di BYOD Lab, ITD, pada 29 March 2022, ITD Farewell Session 2022 - majlis ini khas bagi merai'kan sahabat² yang bakal bersara iaitu - Hj Azlan Zain, Puan Seri Banun, bro Azhar Mahmood, bro Shah Reza, sis Zuliana Zubir (IT officer di Library) dan sis Norzaily (berpindah ke kampus Pagoh). Majlis ini telah di-adakan secara hybrid, iaitu secara bersemuka di ITD dan secara maya di applikasi zoom melibatkan staf ITD di kampus lain2 dan juga bersama beberapa orang ex-ITD. Majlis ini telah diadakan secara sederhana tetapi mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada semua staff ITD, di samping menyambut kehadiran Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. ** Video Majlis : click here ** Farewell Video Clip : click here ** Photo Album : click here Bro Fahmi (Presiden ITD Club) menyampaikan hadiah farewell buat sis Zuliana Zubir.

Selamat Maju Jaya sis Norzaily di kampus Pagoh

19 Mar  2022  - Setelah berkhidmat di ITD sejak March 2011, akhirnya tiba masanya buat sis Norzaily Jasmi meninggalkan ITD Gombak dan akan bertugas di IIUM kampus Pagoh. Sis Norzaily @ juga dikenal sebagai Elly yang berasal dari Muar, berkhidmat di unit Apps sejak 2011 lagi. Hari terakhir sis Elly ini adalah jatuh pada hari kedua terakhir Concovation IIUM 2022. Satu majlis farewell ringkas dan sesi penggambaran telah diadakan di pentas Convo tersebut. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan semasa di ITD Gombak, dan setinggi-tinggi  Selamat Maju Jaya  kepada sis Norzaily, semoga penghijrahan ini memberi satu nadi baru yang positif kepada sis Elly. Selamat Maju Jaya sis Elly. ** Farewell Video :  https://youtu.be/L6p32rTH5HY - ITD CLUB -

Salam Takziah buat bro Che Junaidi ... ibu kandung menemui Ilahi

Assalamu a'laikum warahmatullah, Untuk makluman semua,   ibu kandung  kepada bro. Che Junaidi Che Ahmad, telah pergi menemui Ilahi pada hari ini, 12 March 2022. Kita sama² doakan semoga roh Allyarhamah ibu kepada Bro. Che Junaidi akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah diucapkan buat bro Norhisham dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir laha warham ha wa’aa fiha wa’fu anha -ITD CLUB-