Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2021

Selamat Maju Jaya bro Adis Nabawi

 28 Oct 2021 - Setelah berkhidmat di ITD dan IIUM sejak Nov 2016, akhirnya tiba masanya beliau meninggalkan IIUM. Bro Adis Nabawi, seorang pegawai IT (F41) akan menamatkan khidmat beliau di ITD dan IIUM pada 31 Oct 2021 dan berhijrah ke sektor swasta. Bro Adis telah berkhidmat di Unit i-Collab and Web services, di bawah kendalian bro Abu Hurairah, sepanjang 5 tahun khidmat beliau di ITD. Banyak projek applikasi² yang berjaya dibangunkan oleh bro Adis dan pasukan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di IIUM. Bro Adis yang berasal dari Kedah ini, juga pernah mewakili ITD dalam aktiviti sukan bolasepak dan futsal, dalam pertandingan IIUM Staff Games. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan semasa di ITD, dan setinggi-tinggi  Selamat Maju Jaya  kepada bro Adis Nabawi, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada bro Adis. You are irreplaceable! Thank you for being a real inspiration to us. Selamat Maju J

Tahniah Sis Nurfazliani ... new baby born

  Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Sis Nurfazliani bt Ismail (F29 ITD) kerana beliau telah melahirkan dan telah dikurniakan seorang  cahaya mata lelaki  pada hari Isnin, 04 Oct 2021, jam 8:15pm. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada  Sis Nurfazliani sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.