Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2021

Tahniah bro Khairul Sazaney ... new baby born

 Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Mohd Khairul Sazaney kerana isteri beliau telah melahirkan dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada hari petang Khamis, 16 Sep 2021, di mana anaknya telah dilahirkan di Hospital Bersalin Az Zahra, Bangi, Selangor. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada  Br. Khairul Sazaney sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

So Long, Farewell ... bro Munir Suhaimee

 15 Sep 2021, hari akhir beliau berkhidmat di IIUM dan jabatan akhir beliau adalah berkhidmat sebagai staff Information Technology Division (ITD), IIUM yang diletakkan bertugas di zon IT-KAED. Untuk rekod, persaraan ini adalah pertama kali bagi staf gred F yang bersara genap umur 60 tahun di IIUM, dan bro Munir adalah orang pertama yang mencipta rekod bersara dalam kategori tersebut. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Munir Suhaimee , di atas hari persaraan ini. Semoga bro Munir akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Munir, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan bro Munir. Semoga persaraan ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga kita ketemu lagi di masa hadapan nanti, InsyaAllah. ITD CLUB. ps: Sumbangan Ap

Salam Takziah buat bro Khairulannuar ... ayahanda meninggal dunia.

 Assalamu'alaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayah kpd Bro Khairul Annuar bin Mat Tahir (Information Tech. Officer [F41], ITD) telah meninggal dunia sekitar jam  6:54 am, pagi tadi, 09 Sep 2021 (Khamis), di Hospital Selayang. Salam takziah buat bro Khairul Annuar dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’aa fiha wa’fu anhu. Sama² lah kita doa-kan semoga arwah ayahanda bro Khairulannuar ditempatkan di kalangan para solehin dan dicucuri rahmat oleh Allah swt. -ITD CLUB-