Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2021

Salam Ulangtahun Hari Kemerdekaan ke 64

Sambutlah hari kemerdekaan kali ini dengan lebih bersemangat dengan jiwa yang penuh dengan semangat patriotisma! Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke-64. ITD CLUB.

Salam Takziah buat bro Norhisham... ibu pergi menemui Ilahi

 Assalamu a'laikum warahmatullah, Untuk makluman semua, ibu kepada bro. Norhisham bin Sa'adon (staff ITD yang bertugas di Zone 3, KAED), telah pergi menemui Ilahi pada hari ini, 26 Aug 2021. Kita sama² doakan semoga roh Allyarhamah ibu kepada Bro. Norhisham akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah diucapkan buat bro Norhisham dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir laha warham ha wa’aa fiha wa’fu anha -ITD CLUB-

Selamat Maju Jaya ... wakil² ITD ke SukanunVE 2021

 ITD CLUB mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD yang telah mewakili IIUM ke pertandingan sukan SUKANUN Virtual Edition (VE) 2021 yang bermula pada 19 Aug 2021 yang telah dianjurkan oleh UiTM selaku tuan rumah. Mereka yang dimaksudkan ialah : bro Syed Hazrul - sukan CALL of DUTY (mobile) bro Safwan Saaid - sukan PES2021 ITD CLUB juga mendoakan semoga atlit² sukan virtual ITD ini dapat memberikan saingan sengit kepada lawan masing-masing, dan mampu membawa pulang pingat kemenangan. InsyaAllah. Bro Safwan Saaid Bro Syed Hazrul

Salam Takziah buat Nuruddin ... isteri dijemput Ilahi.

Assalamu a'laikum warahmatullah, Untuk makluman semua, isteri terchenta kepada bro Nuruddin bin Razali , telah dijemput Ilahi pada 10 August 2021, (jam 1 am) di kampung isterinya di Tangkak, Johor. Kita sama² doakan semoga roh Allyarhamah Nur Haslinda binti Rahmat (isteri Nuruddin) akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat bro Nuruddin dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir laha warham ha wa’aa fiha wa’fu anha ----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sekiranya ada di antara tuan² puan² yang ingin memberikan sedikit sumbangan kepada bro Nuruddin dan anak² beliau, anda boleh berbuat demikian di akaun seperti berikut: 512400514650 Maybank Nuruddin bin Razali Semua sokongan dan usaha baik anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. JKKK

Salam Ma'al Hijrah 1443H ...

 ‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Di sini kami di pihak ITD CLUB ingin mengucapkan selamat menyambut Salam Ma'al Hijrah 1443H kepada semua warga ITD di mana jua anda berada. Diharapkan dengan meninggalkan tahun 1442 Hijrah yang lalu, kita lalui dengan keaadaan bersih dari dosa dan salah faham, dan didoa-kan agar tahun baru 1443 Hijrah yang baru tiba ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya yang sudah kita lewati. Semoga apa yang bakal kita lalui dan tempuhi akan diberkati Allah s.w.t. dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Aminn.🤲🏼 ITD CLUB.

Tahniah bro Fathul Arif ... new baby born

Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Fathul Arif kerana telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada hari Isnin, 09Aug-2021, di mana anaknya telah dilahirkan di Hospital USM (HUSM), Kota Bharu, Kelantan. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada  Br. Fathul Arif sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

Do'a untuk isteri kepada bro Nuruddin ....

Assalamualaikum warga ITD dan semua sahabat², Di sini, kami ingin memaklumkan bahawa pada masa ini, sahabat kita, bro Nuruddin sedang berdukacita di atas kesihatan isterinya, PUAN NUR HASLINDA BT RAHMAT , yang kini sedang sakit dan masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Kami juga ingin memohon jasa baik tuan puan untuk memanjatkan do'a ke atas Puan Nur Haslinda, agar kesakitan beliau akan berkurang dan kesihatan beliau akan semakin pulih. Kita jugakan sama-sama doa-kan semoga segala urusan bro Nuruddin akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Sekiranya ada di antara tuan² puan² yang ingin memberikan sedikit sumbangan kepada isteri bro Nuruddin, anda boleh berbuat demikian di akaun seperti berikut: 512400514650 Maybank Nuruddin bin Razali Semua sokongan dan usaha baik anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. JKKK ITD CLUB 2021/2023.

Congrats Madam Nurmaliza ... new Acting Director of ITD

 ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH di atas perlantikan sebagai " Acting Director " untuk ITD bermula dari 01 August 2021. ITD CLUB juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Dr. Norsaremah binti Salleh, di atas khidmat yang telah diberi sejak memegang jawatan ITD Director dari Ogos 2019 sehingga 31 July 2021. Semoga berjumpa lagi. ITD CLUB.

Selamat Maju Jaya Dr Norsaremah ...

30 July 2021 - Hari ini adalah hari terakhir Assoc. Prof. Dr Norsaremah binti Salleh berkhidmat di ITD selaku Direktor ITD, dan beliau akan kembali berkhidmat ke Kulliyyah of ICT. Untuk rekod, Dr Norsaremah mula berkhidmat sebagai Direktor ITD pada sekitar bulan Ogos 2019. Beliau telah berkhidmat di ITD selama lebih kurang 2 tahun sehingga 31 July 2021. Sebelum ini juga, beliau juga pernah berkhidmat di ITD sebagai Deputy Director pada July 2011 - June 2013. Paling menarik, Dr. Norsaremah telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan beliau, semasa beliau berkhidmat di ITD iaitu pada 22 Feb 2020. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat yang telah diberikan semasa di ITD, dan setinggi-tinggi Selamat Maju Jaya kepada Dr Norsaremah, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada Dr Norsaremah. You are irreplaceable! Thank you for being a real inspiration to us. Semoga berjumpa lagi. ITD CLUB.