Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Tahniah bro Razman Bakhtiar ... new baby born

Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Bro. Razman Bakhtiar kerana telah dikurniakan seorang  baby girl  pada 9:54 am, 28 Feb 2020, di mana isteri beliau telah selamat melahirkan anak seberat 3.1 kg, secara normal, di Hospital Muar, Johor. FYI,  ini merupakan cahayamata pertama untuk family bro Razman dan isteri. Didoakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada Bro. Razman, dan isteri sekeluarga. InsyaAllah... Amin. Daripada, ITD Club.

Tahniah Dr. Norsaremah Salleh ... Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum... Alhamdulillah, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada Dr Norsaremah Salleh (Direktor ITD), yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Noor Izaki Jusoh, pada 21 Feb 2020, yang telah berlangsung di Masjid Jamek, Langkap, Perak. Majlis resepsi pengantin pula telah diadakan di Dewan MPTI Langkap, Perak, pada 22 Feb 2020. Semoga ikatan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang masa. Amin. Berikut kami kongsikan detik detik manis hari bahagia Dr Norsaremah dan suami terchenta. ** Album Hari Majlis : click here ** Hadiah drpd ITDians : click here . * Credit untuk photographer yang terlibat. Terima kasih.

Tahniah sis Nur Fazira ... new baby born

 Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Sr. Nur Fazira kerana telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada 22-Feb-2020 (Sabtu) pukul 6:30 am. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada Sr. Fazira sekeluarga. InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

Salam Takziah Sis Emy Haryani ... bapa meninggal dunia

Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎  Dengan ini dimaklumkan bahawa ayahanda kepada Sis. Emy Haryani bt Kamaruddin , (Ketua Biro Kebajikan, ITD Club 2018/2020) telah kembali ke rahmatullah pada petang ini, 04 Feb 2020. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusan sis Emy sekeluarga. Sama-samalah kita sedekahkan kepada Al-fatihah arwah ayahanda Emy Haryani. Daripada, ITD CLUB.

Salam Takziah ... perginya bro Norazam Tumin mengadap Ilahi.

Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎  Innalillahi wa-inna ilaihi roji'un. Kami mendapat perkhabaran terbaru... sahabat lama rakan², bro Norazam Tumin (ex staf ITD IIUM, Network Technician, mula berkhidmat di ITD, IIUM sekitar Aug 1999) telah kembali ke rahmatullah mengadap Ilahi pada 01 Feb 2020. Dikahabarnkan arwah mengidap sakit berkaitan paru-paru. Kepada tuan² puan² yang mengenali arwah, sama2 kita sedekahkan al Fatihah utk arwah Norazam bin Tumin. Al-fatihah. Daripada, ITD CLUB.