Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2017

TAHNIAH Sis Nur Shahila - Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum... Alhamdulillah, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada Sis Nur Shahila Alias, yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya, Azwanuddin pada 22 April 2017, yang telah berlangsung di Kota Tinggi, Johor. Pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Sis Nur Shahila & suami di atas perkahwinan ini. Semoga ikatan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang masa. Amin. Berikut kami kongsikan detik detik manis hari bahagia Sis Nur Shahila dan suami.

Tahniah bro Zulhusni ... new baby born

20 Apr 2017 - Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Zulhusni yang telah dikurniakan cahaya mata lelaki. Baby seberat 3.4 kg telah dilahirkan secara pembedahan di salah sebuah Hospital Bersalin di Shah Alam pada har ini (19/04/2017) jam 2:06 pm. Semoga kelahiran putera baru ini memberi sinar kebahagian kepada Br. Zulhusni sekeluarga. Daripada, -ITD Club-

Sukan 2017 : antara pencapaian terbaik staff ITD

17 Apr 2016 - Berakhirnya pertandingan acara sukan, IIUM Staff Games 2017 & IIUM Triangular Games 2017, satu pencapaian agak memberangsangkan telah ditunjukkan oleh beberapa staff ITD yang telah menyertai dalam pertandingan pada musim ini. Sebanyak 8 acara sukan telah menghadiahkan pingat EMAS kepada atlit-atlit ITD. Berikut adalah senarai penuh semua staff ITD yang telah meraih pingat  : klik di sini . Tahniah diucapkan pada semua atlit-atlit yang berjuang pada tahun ini. Kipidap.

IIUM Staff Triangular Games 2017 - Tujuh EMAS dituai oleh staff ITD

15 April 2017 - Beberapa pingat EMAS dan lain² telah dituai oleh beberapa staff ITD yang telah bermain untuk acara IIUM Staff Triangular Games 2017 . Antara staff-staff ITD yang menyertai sukan Triangular ini ialah : Ahmad Fahmi Yusof - Volleyball Men ( GOLD ) Asnalizam - Bolasepak Veteran ( GOLD ) Shahrin Saat - Futsal ( GOLD ) dan Bolasepak Senior ( GOLD ) Safwan Saaid - Bolasepak Senior ( GOLD ) Shawalfitri - Futsal( GOLD ) Norliza Zainuddin - Volleyball Women ( GOLD ) Tahniah kepada semua atlit² ITD yang bertanding!!! Kipidap.

IIUM Staff Games 2017 : team Petanque ITD menuai EMAS dan PERAK

15 April 2017 - Tahniah diucapkan kepada pasukan Petanque ITD yang telah berjaya menuai dua pingat, iaitu Emas & Perak dalam acara Petanque (Single), dalam Kejohanan Sukan Petanque (Staff) IIUM, yang berlangsung di Petanque Arena, Female Sports Complex, pada Sabtu, 15 April 2017. EMAS : dimenangi oleh Nur Shahila Alias (acara Women Single ) PERAK : dimenangi oleh Ahmad Fahmi Yusof (acara Men Single ) Tahniah diucapkan kedua-dua atlit ITD. Ps: untuk rekod, sis Nur Shahila juga merupakan JUARA pada kejohanan edisi 2015 . Fahmi dan Shahila... Semua pemenang² ... Acara Single Lelaki dari kiri: Ramzi (CPD/Bronze), Muhaideen (Centris/Juara), Fahmi (ITD/Silver)