Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Tahniah sis Saidah Zawanah ... new baby born

22 Nov 2016 - Tahniah diucapkan kepada Sis Saidah Zawanah, yang telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 21/11/2016 di  Hospital Tunku Azizah Sri Rampai. Semoga kelahiran putera comel ini memberi kebahagian kepada Sis Saidah sekeluarga. Tahniah daripada ITD Club.

TAHNIAH Sis Siti Rasidah - Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum... Alhamdulillah, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada Sr Siti Rasidah binti Mohamd Salleh, yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya Hafiz pada 12 November 2016. Ramai staff-staff ITD telah menghadirkan diri ke majlis tersebut yang telah diadakan di rumah pengantin di Kampung Melayu Sri Gombak, Pinggiran Sri Gombak. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Sis Siti Rasidah & suami di atas perkahwinan ini. Semoga ikatan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang masa. Amin. Juga Jutaan tahniah kami ucapkan. Berikut kami kongsikan detik detik manis hari bahagia Sis Siti Rasidah dan rakan rakan ITD yang hadir :-

Pingpong Friendly Match - ITD vs Mahallah Zubair (students)

14 Oct 2016 - Satu perlawanan persahabatan PING-PONG telah diatur oleh fellow Mahallah Zubair Awwam (En. Zahir ) yang juga merupakan Presiden ITD Club sekarang. Perlawanan ini diadakan sebagai medan simulasi untuk student² Mahallah Zubair menghadapi Inter Mahallah Sports yang akan berlangsung minggu ini. Antara staff ITD yang hadir menyertai perlawanan muhibbah ini ialah : Bro Fahmi Yusof Bro Safwan Saaid Bro Che Junaidi Bro Mohd Zahir Juga, antara yang turut hadir ialah Dr. Srazali (KAED) & Bro Badwil (Development Div.). Keputusan banyak memihak kepada pasukan Mahallah Zubair.  

Salam Takziah sis Siti Zarina

Assalamualaikum, Salam takziah diucapkan kepada Sr. Siti Zarina Muhamat, kerana beliau telah kehilangan ayahanda tercinta pada hari ini. 12 Nov 2016.  Didoakan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. -ITD CLUB-

Tahniah bro Syaheer ... new baby born

09 Nov - Tahniah diucapkan kepada bro Ahmad Syaheer (Network Engineer, ex ITD Gombak) yang baru di-anugerahkan anak pertama pada 09 Nov 2016, jam 5:18pm di Kuantan. Semoga kelahiran puteri yang comel ini memberi kebahagian kepada Bro Syaheer sekeluarga. Tahniah daripada ITD Club.

Selamat Maju Jaya ... sahabat² ITD

4 Nov 2016 - Hari ini merupakan hari terakhir 4 sahabat² ITD ini berkhidmat di ITD. Mereka semua bakal berkhidmat di jabatan baru bermula 07 Nov 2016. Mereka yang bakal berpindah ialah : Noor Syazwan Adli Nordin - berpindah ke Kuliyyah ICT Azry Reza Abu Bakar - berpindah ke CELPAD Mashkatul Anuar - berpindah ke Kuliyyah Education Che Habiel Che Ahmad - berpindah ke CFS Gambang, Pahang. ITD Club mendoakan supaya penghijrahan ini akan memberi kebaikan & kelebihan kepada semua sahabat² kita ini. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua sahabat yang bakal berpindah ini. Adios...