Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Tahniah Mohd Zulkifli ... new baby boy yang ke-2

30 Aug 2016 - Salam tahniah bro Mohd Zulkifli & isteri ... Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus TAHNIAH kepada bro. Mohd Zulkifli & isteri (Puan Aliyah) di atas kelahiran cahaya mata baby-boy yang kedua pada  30 Aug 2016. Tahniah diucapkan dan semoga puteri ITD yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro Mohd Zulkifli & isteri. InsyaAllah.

Pergi nya Abg Sabri Jahaya menemui Ilahi...

28 Aug 2016 - Hari ini, sekitar jam 3-4am, pergi seorang ex-staff ITD, bro Mohammad Sabri Jahaya, menemui Ilahi di usia yang mencecah 61 tahun. Abg Sabri pernah berkhidmat di ITD selaku Operator Telefon sekitar tahun akhir 1998 sehingga 2007. Selepas itu beliau telah berpindah ke pejabat PRO atau kini dikenali sebagai OCCM. Pada saat akhir sebelum meninggal, beliau telah beberapa tahun mengidap sakit kanser kelenjar di bahagian leher beliau. Kita kepunyaan Allah azza-wajalla kepada Allah juga kita kembali اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وﻣﻦَ عَذَابِ النَّار.. Marilah kita doa kan semoga Allah mencucuri rahmat ke at

AGM2016 : New Exco for ITD Club 2016-2018

19 Aug 2016 - Satu majlis AGM telah diadakan oleh Exco ITD Club 2014/2016, yang diketuai oleh Bro Ahmad Fahmi Yusof & co. Majlis telah dimulakan oleh Tuan Pengerusi Majlis, Bro Ahmad Naim sekitar jam 10.30 am di Mini Auditorium, IIUM. Presiden ITD Club, Bro Fahmi telah membentangkan semua aktiviti² dan program yang telah dijalankan sepanjang 2014 sehingga Aug 2016. Pembentangan Penyata Kewangan juga telah dilaporkan kepada semua ahli ITD Club. Majlis telah berjalan dengan baik dan lancar, dan perlantikan yang baru telah berlangsung secara baik dan agak meriah dengan pencalonan² pilihan masing². Berikut adalah lantikan Exco Baru bagi sesi 2016-2018. Semoga dengan perlantikan yang baru ini dapat memacu dan menggerakkan ITD Club dengan lebih hebat dan jaya lagi. **  Slide AGM 19-Aug-2016 ...  klik di sini ** Sejarah Exco² lama ... klik di sini ** Klik di sini untuk album penuh : PHOTO GALLERY Bro Fahmi - Presiden 2014/206 Penyerahan Mandat ... d

TAHNIAH bro Zulhusni... Selamat Pengantin Baru

Salam. Pada hari Ahad, 14 Aug 2016, telah berlangsung majlis Walimatulurus bro Muhammad Zulhusni & isteri (Nurul Ain), yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 06 Aug 2016. Ramai staff-staff ITD telah menghadirkan diri ke majlis tersebut yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Desa Bakti, Selayang, Kuala Lumpur. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada bro Muhammad Zulhusni & isteri di atas perkahwinan ini. Semoga mereka kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Good Luck ... atlit² ITD ke SUKUM 2016 di USIM

05 Aug 2016 - Pada tahun ini, team sukan IIUM akan menyertai Sukan Staff IPTA Msia (SUKUM) yang akan berlangsung di USIM, Nilai, Negeri Sembilan, bermula dari 6-13 Aug 2016. ( klik di sini ) Beberapa staff telah berjaya menyarung jersi IIUM untuk ke SUKUM 2016, dalam beberapa acara sukan. Mereka ialah : Bro Asnalizam Abu Talib - Cycling (veteran) & Bolasepak (veteran) Bro Safwan Saaid -  Bolasepak (senior) Bro Mohd Shahrin Saat -  Bolasepak (senior) Bro Muhammad Hafizuddin Hassan  -  Futsal (senior) ITD Club mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada semua atlit² ITD. Good Luck!! Kipidap!! Dont Give Up.

Selamat Maju Jaya ... Sis Umi Kalthum Hanapi

31 Julai 2016 - Hari terakhir sis Umi Kalthum berada di ITD, kerana telah berpindah ke ITD Kuantan bersama keluarga tercinta, dan juga mengikut suami beliau, bro Mustakim Ahmad, yang telah berpindah lebih awal kerana mendapat "promotion" untuk berkhidmat di IIUM Teaching Hospital (IIUMMC), Kuantan. Sis Umi memulakan karier di ITD (IIUM Gombak) pada bulan June 2010 dan berakhir pada 31 July 2016. Sebelum itu, sis Umi pernah menjalani latihan praktikal di ITD sekitar tahun 2007/2008. ITD Club ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada sis Umi Kalthum. “I cannot say goodbye to those whom I have grown to love, for the memories we have made will last a lifetime, and will never know a goodbye.” “Don’t cry because you are leaving, smile because you were there.”