Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Tahniah bro Mohd Farid Kereyah ... new baby born

16 June 2016 - Salam tahniah bro Mohd Farid Kereyah & isteri ... Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus TAHNIAH kepada bro. Mohd Farid Kereyah & isteri, di atas kelahiran cahaya mata baby-boy yang pertama pada  16 June 2016. Tahniah diucapkan dan semoga puteri ITD yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro Mohd Farid Kereyah & isteri. InsyaAllah. bro Farid Kereyah

Selamat Maju Jaya ... bro Hasnol Firdaus

Salam. Hari ini 17 June 2016 , merupakan hari terakhir untuk Bro Hasnol Firdaus bin Mat Noor berkhidmat di IIUM  selepas memulakan khidmat di IIUM pada 04 April 2005 . ITD Club ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada bro Hasnol di sepanjang perkhidmatan beliau bersama ITD. Semoga kenangan bersama sahabat² di ITD akan terus menjadi memori terindah buat bro Hasnol. Ampun dan maaf daripada pihak ITD Club sekiranya ada kesilapan dan kekhilafan sepanjang persahabatan selama 11 tahun di IIUM. Selamat Maju Jaya, bro Hasnol Firdaus dalam mengejar cita-cita dan impian. ********** HARI² TERAKHIR DI ITD **********

Selamat Maju Jaya ... bro Ahmad Syaheer

Hari ini 1 June 2016, merupakan hari terakhir untuk Bro Ahmad Syaheer bin Abd. Ghafar, berkhidmat di ITD Gombak selepas memulakan khidmat di ITD Gombak pada 17 Aug 2015. ITD Club ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada bro Ahmad Syaheer di sepanjang perkhidmatan beliau bersama ITD. Beliau akan berkhidmat di CFS Petaling jaya buat sementara waktu, sebelum berpindah ke CFS Gambang sekitar pertengahan tahun 2017. Ampun dan maaf daripada pihak ITD Club sekiranya ada kesilapan dan kekhilafan sepanjang persahabatan selama berada di ITD Gombak. Selamat Maju Jaya, bro Ahmad Syaheer.

Selamat Maju Jaya ... Bro Mustakim Ahmad

Salam. 01 June 2016 - Hari terakhir bro Mustakim Ahmad (Akim) berada di ITD, kerana telah mendapat " promotion " untuk berkhidmat di IIUM Teaching Hospital (IIUMMC), Kuantan. Bro Mustakim telah memulakan karier di ITD (IIUM Gombak) pada bulan March 2002 dan berakhir pada May 2016. Bro Mustakim juga pernah berkhidmat sebagai part-timer di ITD sekitar tahun 2001. Sepanjang berkhidmat di ITD Gombak, bro Akim adalah seorang atlit popular di IIUM, telah melibatkan diri dalam pelbagai sukan seperti bowling, bolasepak, badminton, pingpong, carrom, hoki, dll. Beliau juga amat digeruni dalam sukan pingpong, kerana pernah memegang title  PEMAIN NO.1 IIUM (staff) sepanjang tahun 2002-2010. Beliau juga pernah mendapat pingat EMAS dalam sukan bowling di peringkat SUKUM (Sukan Staff Antara IPTA Msia) 2003 di Sabah. Bro Mustakim juga pernah mengetuai team Pingpong ITD untuk menggondol dua pingat emas pada Sukan Staff IIUM 2004 & 2005. Akhir kata, ITD Club ingin mengucapkan SELAM