Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Pergi nya bro Muzzafar Zabidin mengadap Ilahi ...

17 Dec 2016 -  Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. FYI, sahabat kita, bro Muzzafar Zabidin (ex-staff ITD - 1999-2004) telah kembali ke rahmatullah pada sekitar  jam 5 am, pagi ini. Innalillahi wa inna- ilaihiroji'un. Marilah kita sama-sama sedekahkan Alfatihah kepada arwah .. Kita doa kan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. InsyaAllah. ------------------------------------------------------------------ Di bawah adalah mesej yg di-fwd daripada isteri bro. Muzzafar Zabidin : Assalamualaikum.. saya ingin memaklumkan bahawa suami saya, Mohd Muzzafar Bin Md Zabidin, telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 5:05 pagi, Sabtu, 17 December 2016.  jika arwah telah melakukan sebarang kesalahan atau ada berhutang apa-apa, mohon dimaafkan segala salah silapnya dan halalkan segala hutangnya atau sila maklumkan kepada saya supaya dapat diselesaikan hutangnya. Arwah akan diuruskan di masjid SS15 Subang Jaya dan akan dikebumikan di tanah perkuburan USJ 22, se

Majlis Potluck November & Farewell 2016 ...

30 Nov 2016 - Satu majlis Potluck telah diadakan di ITD, dan bersamaan juga majlis Farewell untuk beberapa staff ITD yang telah meninggalkan ITD pd bulan Nov 2016 ini. Di majlis ini, ITD Club mengalu-alukan kedatangan beberapa staff baru seperti : Meor Shahfitri, Mohd Shazaruddin & bro Adis Nabawi Azizan. Untuk majlis Farewell, ITD Club telah meraikan staff2 yang telah dan akan berhijrah ke KCD lain. Mereka ialah : Bro Muhammad Afdhaluddin - tamat kontrak Bro Muzammil - tamat latihan praktikal Bro Syazwan Adli Noordin - berpindah ke KICT Bro Mashkatul Annuar - berpindah ke Kuliyyah Education Bro Azryreza - berpindah ke CELPAD ITD Club juga turut menyampaikan hadiah untuk staff² yang baru mendirikan rumahtangga : Bro Zulhusni Mat Isa - Aug 2016 Sis Siti Rasidah - Nov 2016 Untuk sambutan majlis Birthday pula, ITD Club turut meraikan staff2 yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan November seperti: Norzaily @ Elly Dr Shima Abdullah Emy Haryani Che Junaidi

Tahniah sis Saidah Zawanah ... new baby born

22 Nov 2016 - Tahniah diucapkan kepada Sis Saidah Zawanah, yang telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 21/11/2016 di  Hospital Tunku Azizah Sri Rampai. Semoga kelahiran putera comel ini memberi kebahagian kepada Sis Saidah sekeluarga. Tahniah daripada ITD Club.

TAHNIAH Sis Siti Rasidah - Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum... Alhamdulillah, SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan kepada Sr Siti Rasidah binti Mohamd Salleh, yang telah melangsungkan majlis perkahwinan bersama pasangannya Hafiz pada 12 November 2016. Ramai staff-staff ITD telah menghadirkan diri ke majlis tersebut yang telah diadakan di rumah pengantin di Kampung Melayu Sri Gombak, Pinggiran Sri Gombak. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Sis Siti Rasidah & suami di atas perkahwinan ini. Semoga ikatan perkahwinan mereka sentiasa diberkati dan dikurniakan kegembiraan serta kebahagiaan berkekalan sepanjang masa. Amin. Juga Jutaan tahniah kami ucapkan. Berikut kami kongsikan detik detik manis hari bahagia Sis Siti Rasidah dan rakan rakan ITD yang hadir :-

Pingpong Friendly Match - ITD vs Mahallah Zubair (students)

14 Oct 2016 - Satu perlawanan persahabatan PING-PONG telah diatur oleh fellow Mahallah Zubair Awwam (En. Zahir ) yang juga merupakan Presiden ITD Club sekarang. Perlawanan ini diadakan sebagai medan simulasi untuk student² Mahallah Zubair menghadapi Inter Mahallah Sports yang akan berlangsung minggu ini. Antara staff ITD yang hadir menyertai perlawanan muhibbah ini ialah : Bro Fahmi Yusof Bro Safwan Saaid Bro Che Junaidi Bro Mohd Zahir Juga, antara yang turut hadir ialah Dr. Srazali (KAED) & Bro Badwil (Development Div.). Keputusan banyak memihak kepada pasukan Mahallah Zubair.  

Salam Takziah sis Siti Zarina

Assalamualaikum, Salam takziah diucapkan kepada Sr. Siti Zarina Muhamat, kerana beliau telah kehilangan ayahanda tercinta pada hari ini. 12 Nov 2016.  Didoakan semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. -ITD CLUB-

Tahniah bro Syaheer ... new baby born

09 Nov - Tahniah diucapkan kepada bro Ahmad Syaheer (Network Engineer, ex ITD Gombak) yang baru di-anugerahkan anak pertama pada 09 Nov 2016, jam 5:18pm di Kuantan. Semoga kelahiran puteri yang comel ini memberi kebahagian kepada Bro Syaheer sekeluarga. Tahniah daripada ITD Club.

Selamat Maju Jaya ... sahabat² ITD

4 Nov 2016 - Hari ini merupakan hari terakhir 4 sahabat² ITD ini berkhidmat di ITD. Mereka semua bakal berkhidmat di jabatan baru bermula 07 Nov 2016. Mereka yang bakal berpindah ialah : Noor Syazwan Adli Nordin - berpindah ke Kuliyyah ICT Azry Reza Abu Bakar - berpindah ke CELPAD Mashkatul Anuar - berpindah ke Kuliyyah Education Che Habiel Che Ahmad - berpindah ke CFS Gambang, Pahang. ITD Club mendoakan supaya penghijrahan ini akan memberi kebaikan & kelebihan kepada semua sahabat² kita ini. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua sahabat yang bakal berpindah ini. Adios...

Tahniah bro Safi'ee... new baby boy

Assalamualaikum... Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Bro. Safi'ee bin Madian (F41) yang telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada 12 Oct 2016,8.20pagi tadi di Hospital Kota Bharu, Kelantan. Semoga kelahiran putera comel ini memberi kebahagian kepada Bro Safiee sekeluarga. Tahniah daripada ITD Club.

Sis Nor Amizan mengalami kemalangan jalanraya

Assalamualaikum, Dukacita dimaklumkan Sr. Nor Amizan bt Aminullah, telah mengalami kemalangan jalanraya bersama anaknya di highway MRR2 pada pagi tadi sekitar jam 7.47 pagi, 29 Sep 2016, dalam perjalanan menju ke IIUM. Difahamkan Sr Nor Amizan telah mengalami kecedaraan di bahagian bibir. Marilah kita bersama sama mendoakan agar semua yang terlibat di dalam kemalangan ini selamat dan dipermudahkan segala urusan. Aminn. Daripada ITD Club.

Tahniah bro Hafizuddin ... new 1st baby born

Assalamualaikum... Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Hafiz yang telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pertama pada 14 September 2016 di Hospital Kajang. Semoga putera comel ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada Br. Hafiz sekeluarga. Tahniah diucapkan. Daripada ITD Club.

Tahniah Mohd Zulkifli ... new baby boy yang ke-2

30 Aug 2016 - Salam tahniah bro Mohd Zulkifli & isteri ... Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus TAHNIAH kepada bro. Mohd Zulkifli & isteri (Puan Aliyah) di atas kelahiran cahaya mata baby-boy yang kedua pada  30 Aug 2016. Tahniah diucapkan dan semoga puteri ITD yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro Mohd Zulkifli & isteri. InsyaAllah.

Pergi nya Abg Sabri Jahaya menemui Ilahi...

28 Aug 2016 - Hari ini, sekitar jam 3-4am, pergi seorang ex-staff ITD, bro Mohammad Sabri Jahaya, menemui Ilahi di usia yang mencecah 61 tahun. Abg Sabri pernah berkhidmat di ITD selaku Operator Telefon sekitar tahun akhir 1998 sehingga 2007. Selepas itu beliau telah berpindah ke pejabat PRO atau kini dikenali sebagai OCCM. Pada saat akhir sebelum meninggal, beliau telah beberapa tahun mengidap sakit kanser kelenjar di bahagian leher beliau. Kita kepunyaan Allah azza-wajalla kepada Allah juga kita kembali اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وﻣﻦَ عَذَابِ النَّار.. Marilah kita doa kan semoga Allah mencucuri rahmat ke at