Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

TAHNIAH bro Hafizuddin - Selamat Pengantin Baru

Salam. Pada hari Sabtu, 25 Julai 2015, telah berlangsung majlis Walimatulurus bro Muhammad Hafizuddin & isteri , yang baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 24 Julai 2015. Ramai staff-staff ITD telah menghadirkan diri ke majlis tersebut yang telah diadakan di Bukit mahkota ClubHouse, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada bro Hafizuddin & isteri di atas perkahwinan ini. Semoga mereka kekal & bahagia sehingga akhir hayat. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TAHNIAH Abe Azhar dan Kak Yati ... terima menantu pertama

Pada 22 Julai 2015 yang lepas, bersamaan 05 Syawal (Hari Raya Aidilfitri ke-5) , telah berlangsung majlis perkahwinan bro Ahmad Syahir Azhar, anak kepada bro Azhar Mahmood dan isteri. Majlis telah diadakan di Kampong Salor, Kota Bharu, Kelantan. Ini adalah pertama kali bro Azhar mendapat menantu, yang bernama Nurul Asiqin binti Che Jaafar. Beberapa orang staff ITD telah sama hadir ke majlis untuk sama-sama meraikan pengantin dan keluarga bro Azhar dan isteri. Antara staff ITD yang hadir : Zahir, Fahmi, Siti Rohani, Che Junaidi, Che Habiel, Bro Rosydi sekeluarga dan Shah Reza sekeluarga. Tahniah diucapkan daripada ITD CLUB untuk pengantin dan bro Azhar sekeluarga.

Salam Aidilfitri 1436Hijriah

Assalamu'alaikum. Dengan ini, kami warga kerja  ITD Club 2014-2016  ingin mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436Hijriah  kepada semua ahli² ITD Club & warga ITD sekalian. Ampun maaf dipinta sekiranya ada sebarang kekurangan sepanjang kami menjalankan tugasan kami. Berhati-hati semasa anda pulang ke kampung & sentiasalah ingat orang tersayang. Semoga anda bergembira di hari lebaran ini. Wassalam. ITD Club.

TAHNIAH Bro. Azryreza & Sis Hamizah - new baby born

Salam. Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus  TAHNIAH  kepada bro. Azryreza & isteri di atas kelahiran cahaya mata baby-boy mereka pada  08 July 2015.  Juga TAHNIAH   kepada sis. Hamizah & suami di atas kelahiran cahaya mata baby-boy mereka juga pada  08 July 2015, di Gombak Medical Centre, Sri Gombak, Selangor. Tahniah diucapkan dan semoga putera-putera ITD yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro  Azryreza & isteri, dan juga  sis. Hamizah & suami .  InsyaAllah.

Pasca... Majlis Iftar ITD 1436H - tahun 2015

Assalamu'alaikum warahmatullah, Saya, selaku Ketua Program Iftar ITD 2015, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staff yg hadir ke majlis iftar pada 02 July 2015 & juga ribuan terima kasih committee yg bekerja keras sepnjg persiapan dr pg - mlm , serta juga tak lupa kpd non-committee yg turut membantu pihak committee. Berbanyak terima kasih sy ucapkan pada pemberi2 sumbangan wang ringgit & potluck makanan, semoga Allah membalas jasa baik anda. Terima kasih juga Bro. Rosydi Muhammad (Deputy Director, ITD) di atas penyampaian tazkirah istimewa beliau. Saya juga ingin memohon maaf andai ada sebarang kekurangan & kelemahan yg berlaku sepanjang majlis ini berlangsung. Wassalam. Ahmad Fahmi Yusof. - Head of Programme, ITD Iftar 2015 - ** Photo Gallery :   click here

Tahniah Nor Badli Nordin - new baby born

Salam.. Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus  TAHNIAH  kepada bro. NOR BADLI NORDIN  & isteri di atas kelahiran cahaya mata baby-girl mereka.  Puteri ini selamat dilahirkan pada 02 July 2015, di Hospital Selayang, Selangor. Tahniah diucapkan dan semoga puteri yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro  NOR BADLI NORDIN  dan isteri.  InsyaAllah.

Tahniah Syed Mohd Hazrul - new baby born

Salam.. Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus TAHNIAH kepada bro. Syed Mohd Hazrul Syed Salim & isteri di atas kelahiran cahaya mata baby-girl mereka.  Puteri ini selamat dilahirkan secara "caeserean" pada 01 July 2015, di Hospital Serdang, Selangor. Tetapi dikhabarkan isteri Syed Hazrul masih berada di hospital kerana masih dipantau doktor. Tahniah diucapkan dan semoga puteri yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro Syed Hazrul dan isteri.  InsyaAllah.