Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2015

Salam takziah - sis Rohaya Husain

Assalamualaikum. Innalillahi wa innailaihi roji'un. Dengan ini diberitahu bahawa bapa kpd Ketua Biro Kebajikan ITD Club, sis Rohaya, (N22 ITD)  ( telah meninggal dunia pada pagi 26 June 2015. Bapa nya telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang. Salam Takziah diucapkan kepada sis Rohaya dan keluarga, semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Al-Fatihah. http://www.iium.edu.my/staff-details?id=495 ------------------------------------------------------------------------------ Pada 13 Julai 2015 yang lalu, Presiden ITD Club, bro Fahmi telah menyampaikan sumbangan daripada semua staff ITD untuk sis Rohaya & keluarga, bagi meringankan beban beliau yang telah kehilangan ayahanda tercinta pada 26 June 2015 yang lepas, Terima kasih untuk semua.

Salam Ramadhan 1436H/2015M

Assalamualaikum semua warga ITD Club. Pada hari yang mulia ini di pengakhiran Syaa'ban, dengan rendah diri saya & semua AJK ITD CLUB  ingin mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan Antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahu pun tak sengaja, yang tersembunyi mahu pun terang-terangan, yang berniat mahu pun tidak berniat. Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini, dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan kerahmatan seperti mana yang telah dijanjikan-Nya. Amin insyaAllah. Saya akhiri coretan ini degan ucapan - Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1436H/2015M. Presiden, ITD Club 2014-2016.

Tahniah bro Sayed Ahmad Fauzi - new baby born

Salam.. Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus TAHNIAH kepada bro. Sayed Ahmad Fauzi & isteri di atas kelahiran cahaya mata lelaki pertama mereka.  Putera yang diberi nama, SAYED UWAIS BIN SAYED AHMAD FAUZI , ini selamat dilahirkan pada 12 June 2015, di Hospital Temerloh, Pahang. Tahniah diucapkan dan semoga putera yang baru lahir ini akan memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga bro Sayed dan isteri.  InsyaAllah.

Tahniah sis Dila - new baby born

Salam.. Seluruh warga ITD Club menzahirkan perasaan penuh gembira dan menyampaikan ucapan setulus TAHNIAH kepada  sis Fadilah Johari dan pasangannya di atas kelahiran cahaya mata lelaki mereka. Putera yang masih belum diberi nama ini selamat dilahirkan pada 02 June 2015, dan seberat 4.4kg. Tahniah diucapkan dan semoga putera yang baru lahir ini akan memberi kebahgiaan kepada keluarga. InsyaAllah..