Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhon ...

Assalamualaikum semua warga ITD Club. P ada hari Jumaat yg mulia ini di pengakhir Syaaban, dengan rendah diri saya & semua AJK ITD CLUB  ingin mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan Antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahu pun tak sengaja, yang tersembunyi mahu pun terang-terangan, yang berniat mahu pun tak berniat.  Segala gurauan hanyalah utk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini, dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan kerahmatan seperti mana yang dijanjikanNya.  Amin insyaAllah.  Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Presiden, ITD Club 2014-2016. Gambar hiasan

Tahniah Bro Farid ... juara Liga Fantasy Arena 2014

Salam. Tahniah diucapkan daripada ITD Club kepada bro Mohd Farid Mohd Sani, di atas kejayaan merangkul kejuaraan Liga Fantasy Arena ( Liga ITD) 2014. Kejohanan yang bermula sejak Jan 2014 ini, telah disertai oleh seramai 15 orang pemain - telah sepakat untuk memberi hadiah istimewa kepada sang juara . Sebiji bolasepak berkualiti tinggi telah dicari dan dihadiahkan kepada bro Mohd Farid. TAHNIAH !! Hadiah disampaikan oleh Bro Fahmi, Presiden ITD Club kepada Bro Farid. Bro Farid & bro Safwan (Administrator Liga Fantasy Arena 2014) Kedudukan terakhir Liga ITD 2014

Syafakillah ... Madam Siti Zarina

Pada 17 Jun 2014, Madam Siti Zarina (HOD Apps2) telah disahkan demam denggi dan telah dimasukkan ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital (Room 1013) Kami di ITD CLUB mendoakan semoga Madam Zarina sembuh dengan segera, InsyaAllah. Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “ Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”  (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Tahniah Madam Hairul Laila ... new baby born

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Madam Hairul Laila (HOD Apps1) dan suami di atas kelahiran cahaya mata ke-4 (baby boy) seberat 3.16kg pada 13 Jun 2014 jam 9.47am. Semoga cahaya mata lelaki yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh. Kami di ITD CLUB turut tumpang gembira di atas kehadiran anak kecil  ini bersama semua staff ITD. TAHNIAH !!!

Tahniah bro Hasnol ... new baby born

Salam. Pagi ini diterima mesej daripada bro Hasnol seperti berikut : " Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.3 kg pada 3/6/14 pukul 11.31 mlm tadi secara pembedahan (caesarean)." Tahniah diucapkan untuk bro Hasnol & isteri, daripada ITD CLUB. Semoga anak ini akan menjadi pewaris anda & menjadi anak yang soleh & beriman. Amin.