Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

Salam Takziah untuk Bro Johari

Assalamu'alaikum. Kami di ITD CLUB di sini dengan rendah hati ingin mengucapkan salam takziah kepada bro. Johari Malik (Technician ITD) di atas pemergian ibu tersayang malam tadi di Labuan Sabah. Bro Johari buat masa ini sudah pun selamat berangkat ke kampung halaman nya di Sabah . Kami di ITD CLUB turut sama menumpang simpati di atas kembalinya ibu bro Johari ke rahmatullah. Semoga Allahyarhamah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman di sana. Innalillahi wa innailaihi roji'un.  Al Fatihah. ** Bro Johari Malik :  klik di sini - ITD CLUB -

Menunaikan Amanah sahabat-sahabat - bantuan untuk anak-anak yatim & asnaf

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh, tuan-tuan & puan-puan yang dihormati. Alhamdulillah pada petang ini, bersamaan hari Ahad, 20 April 2014, saya telah slamat melunaskan amanat tuan-tuan & puan-puan yang mana satu bentuk bantuan telah diwakilkan kepada saya, utk disampaikan kepada para penghuni-penghuni rumah anak yatim & asnaf Ar-Rahmaniah di Tmn Keruing, pekan Rasa, Hulu Selangor, Selangor ( lokasi 8km dari bandar Batang Kali ). Di sini saya ingin menyampaikan ucapan JUTAAN TERIMA KASIH drpd Puan Asmah  selaku Pengetua/penjaga asrama anak-anak yatim tersebut kepada tuan-tuan & puan-puan yang telah menghulurkan banyak  bantuan. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas jasa baik anda semua. Sekiranya anda ingin menyumbang sebarang bentuk bantuan/sadaqah/infaq/zakat, sila lah berhubung dengan Puan Asmah di talian 012-6353164. Terima kasih... Ahmad Fahmi Yusof, PRESIDEN, ITD CLUB 2014-2016 ----------------------------------------------------------

Bro Norsallehin - warded di Ampang Puteri

Pada 15 April 2014 yang lalu, dikahabarkan Bro. Norsallehin Ali (Technician FT17) ITD telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri di Ampang, Selangor. Beliau dilaporkan telah mengalami jangkitan kuman di kaki kanannya yang mana telah membengkak & bernanah pada kadar yang agak teruk. Pada hari Khamis, 17 April 2014, beberapa orang staff ITD telah melakukan lawatan muhibbah untuk melihat keadaan Bro Norsallehin dan memberi semangat kepada Bro Norsallehin. Kami di ITD CLUB ingin mendoakan semoga Bro Norsallehin akan bersabar di atas ujian yang dihadapi & semoga Allah menyembuhkan sakit beliau dalam masa terdekat ini, InsyaAllah.

Tahniah Sis. Khuzaimah - new baby born

Assalamualaikum w.b.t Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Sis. Khuzaimah dan pasangan di atas kelahiran cahaya mata ketiga pada 18 April 2014 yang lalu. Semoga cahaya mata lelaki yang seberat 3 kg ini menjadi anak yang soleh. Kami di ITD CLUB turut tumpang gembira di atas kehadiran anak kecil  ini bersama semua staff ITD. TAHNIAH !!!

BIRO TARBIYYAH ... Senarai MC untuk majlis tazkirah

Salam. Berikut adalah senarai MC (Master of Ceremony) bagi majlis tazkirah anjuran ITD Club (rujuk gambar di bawah. Sila rujuk Ketua Biro Dakwah & Tarbiyyah untuk sebarang pertanyaan.

Pertukaran Portfolio ...

Salam. AJK ITD Club sesi 2014-2016 telah mengadakan satu mesyuarat pertama pada 26 March 2014 yang lalu. Antara isu-isu yang utama ialah : 1. Perubahan portfolio di antara 2 jawatan telah dipersetujui bersama AJK iaitu : En. Che Habiel - bertukar jawatan daripada KETUA BIRO DAKWAH & TARBIYYAH kepada jawatan BENDAHARI Cik Siti Rohani - bertukar jawatan dari jawatan BENDAHARI kepada KETUA BIRO DAKWAH & TARBIYYAH . Perubahan ini juga sudah dimaklumkan & dibincang bersama Penaung semasa ITD Club sebelum mesyuarat pertama. 2. Semua AJK telah sebulat suara untuk melantik En. Muhammad Nazri Baharom , sebagai Pemeriksa Kira-kira untuk sesi 2014-2016. Sekian laporan dari kami, terima kasih.