Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Selamat Maju Jaya ... bro Shukri Abdul Rahman

23 Nov 2013 - Bro Shukri Abdul Rahman merupakan antara seorang Senior Engineer (J44) di unit Engineering, ITD, yang mana beliau akan berhenti berkhidmat dari IIUM berkuatkuasa pada tarikh 24 Nov 2014. Beliau akan berkhidmat di sebuah kolej swasta di negeri kelahiran beliau di Sarawak. Bro Shukri  berasal dari negeri Sarawak, dan telah berkhidmat di ITD, IIUM sejak tahun 1998. Di sini, ITD Club mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro. Shukri, dan terima kasih selama berkhidmat dan bersama keluarga ITD Gombak. Selamat Maju Jaya ... bro Shukri Abdul Rahman. Agi Idup Agi Ngelaban... Bro Shukri Abdul Rahman (berhenti di jawatan J44)

Melawat Asnalizam yang terlibat kemalangan ...

Pada 27 Sept 2013, sahabat kami bro Asnalizam, telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya berdekatan rumah nya di Saujana Utama, Sungai Buloh. Beliau yang bermotosikal bersama isteri telah dilanggar oleh sebuah kereta dari sebelah kiri. Beliau telah mengalami patah kaki kiri. Ramai sahabat-sahabat ITD telah hadir ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat bro Asnalizam pada hari tersebut. Pada 11 Oct 2013, beberapa orang sahabat-sahabat ITD telah membuat satu kunjungan muhibbah ke rumah bro Asnalizam di Saujana Uatama, Sungai Buloh. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keadaan Asnalizam di samping menyampaikan sumbangan ikhlas daripada semua warga ITD.

ITD Hari Raya Gathering 2013 / 1434H

04 Sep 2013 - Majlis Hari Raya ITD Gombak untuk tahun 2013/1434H, telah dilangsungkan dengan penuh sederhana tetapi meriah. Ramai staff² IT dari pelbagai KCDi, juga turut serta untuk memeriahkan majlis ini. Juga dijemput ex-staff ITD dan staff² daripada office berdekatan. ** Photo Album :  click here

Akhir Ramadhon ... ITD Pra-Raya 1434H

Staff² ITD bergambar di akhir Ramadhon 1434H ...

Pasca... Majlis Iftar ITD 1434H - tahun 2013

30 July 2013 - Alhamdulillah, di bawah kelolaan & kerjasama ITD Club & Dept. Arife, satu majlis iftar (berbuka puasa) telah selamat dijalankan oleh ITD. Majlis iftar tersebut telah diadakan di Multipurpose Hall, Kuliyyah of ICT, IIUM. Antara acara-acara yang dijalankan pada majlis tersebut ialah : 1. Ucapan alu-aluan oleh : a. Ketua Program - Bro Ahmad Fahmi Yusof b. Pengarah ITD - Prof Mohd Adam Suhaimi 3. Penyampaian Tazkirah : al Fadil Bro Muhd. Rosydi  bin Muhammad Di sini, saya selaku Ketua Program ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua staff ITD yang hadir & juga untuk keluarga staff semua, juga TERIMA KASIH untuk staff-staff yang memberi sumbangan wang ringgit & yang membawa potluck makanan. Juga tidak dilupakan, TERIMA KASIH juga untuk ahli2 committe yang dilantik, yang telah bekerja keras dalam menjayakan program ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Mereka ialah : 1. Penolong Ketua Program - Puan Hamizah 2. Committee Venue Majlis - Sis Siti Ra

TAHNIAH bro Md Zulkifli... Selamat Pengantin Baru

Salam. Pada hari Ahad, 24 March 2013, telah berlangsung majlis Walimatul-urus bro Mohd Zulkifli & isteri (Aliyah). Ramai staff-staff ITD telah menghadirkan diri ke majlis tersebut yang telah diadakan di Dewan Zabedah, IIUM Gombak. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada bro Mohd Zulkifli & isteri di atas perkahwinan ini. Semoga mereka kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.