Skip to main content

Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya... buat Madam Masita A. Rahman

 19 May 2023 - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT  BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA buat ex Director ITD, iaitu Madam Masita binti A. Rahman, di atas persaraan wajib beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 11 May 2023. Beliau berkhidmat di ITD sejak 2001 sehingga 2019, dan telah berpindah ke IIUM Library sejak 2019 sehingga May 2023.

Pihak pengurusan ITD telah mengadakan satu majlis farewell khas bagi meraikan Madam Masita pada 19 May 2023, untuk memperingati dan memberi penghargaan di atas khidmat beliau sepanjang bertugas di ITD sejak 2001 sehingga 2019.

ITD Club juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Madam Masita, terima kasih di atas segala khidmat yang telah dicurahkan di ITD selama ini, dan semoga berjaya di dalam apa jua bidang selepas ini.

Semoga kita ketemu lagi.

- ITD CLUB -

Link video di Youtube : https://youtu.be/3bQzgc8Zc3g 




Gambar² semasa majlis farewell untuk Madam Masita ...










Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club