Skip to main content

ITD Raya Gathering 1444H / 2023 ...


19 May 2023 - Satu majlis Hari Raya Gathering ITD telah dilangsungkan oleh ITD Raya Committee, di BYOD Lab, IT Division, IIUM Gombak, Selangor.

Majlis telah berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah, dan dihadiri oleh majoriti staff ITD (Gombak) dan juga beberapa staff ITD dari jabatan dan kampus lain, dan juga beberapa ex-staff ITD turut menghadirkan diri. Staff² daripada KCDio lain juga turut hadir bagi memeriahkan majlis raya ini.

Emcee majlis pada tahun ini adalah bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club) dan ditemani oleh Cik Azni Syahirah bt Azhari, staf baru ITD 2023.

Majlis raya pada tahun ini juga, turut diadakan majlis farewell untuk bekas Direktor ITD, iaitu Madam Masita bt A. Rahman, yang telah bersara wajib pada 11 May 2023. Jabatan akhir beliau bertugas ialah di IIUM Dar Al-Hikmah Library. ITD Club mengucapkan Selamat Bersara & Selamat Maju Jaya kepada Madam Masita. < farewell video >

Turut hadir ke majlis raya ITD pada tahun ini adalah Presiden IIUM, Tan Sri Samsudin Osman. Kehadiran beliau ke majlis ini adalah yang julung² kali dalam sejarah ITD.

Sebanyak 20 hadiah misteri telah dimenangi oleh staff² ITD menerusi sesi Special Lucky Draw, yang telah dibuat pada akhir majlis (sesi petang).

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua committee members yang telah membantu untuk menjayakan program raya ITD pada tahun ini. Juga berbanyak terima kasih diucapkan pada penyumbang² yang telah memberi sumbangan wang, barangan dan makanan (potluck) dan juga tenaga kerja, bagi menjayakan program ini.


** Full Photo Album : click here

** Video Farewell buat Madam Masita : click here























Comments

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Tahniah bro Ahmad Zaim dan isteri ...

 Salam. Tahniah diucapkan untuk bro Ahmad Zaim bin Zakaria , yang telah mendirikan " masjid " pada 16 Sep 2024 bersama pasangannya,  Nurulain Syafiqah bt Che Ariffin  di Kg. Tawang, Bachok, Kelantan. Majlis resepsi di pihak keluarga Ahmad Zaim pula telah diadakan di Bukit Setongkol, Taman LKNP, Kuantan, Pahang pada 30 Jan 2025. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh beberapa staf ITD. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan  TAHNIAH  kepada  bro Ahmad Zaim bin Zakaria & isteri  di atas perkahwinan ini. Di-doakan semoga perkahwinan ini akan kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.