Skip to main content

Selamat Maju Jaya buat bro Noor Syazwan dan bro Mohd Affindee ...


17 Mar 2023 - Satu majlis farewell telah diadakan di BYOD Lab, ITD buat dua orang staff ITD, bro Noor Syazwan Adli Nordin, yang mana beliau bakal meninggalkan ITD dan IIUM tidak lama lagi. Seorang lagi, bro Mohd Affindee Haji Hamzah, juga bakal meninggal ITD.

ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT  MAJU JAYA buat Pemangku Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023, iaitu Bro Noor Syazwan Adli Nordin, di atas perletakan jawatan beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 11 April 2023, akan tetapi beliau akan mula bercuti terus bermula 20 March 2023. Bro Noor Syazwan akan berkhidmat dengan sebuah company swasta di Kuala Lumpur.

Disebabkan bro Noor Syazwan telah mula bercuti terus pada 20 March 2023, Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, telah mengumumkan pengganti baru yang bakal memangku jawatan Timbalan Presiden ITD Club, iaitu bro Asnalizam Abu Talib. Beliau juga adalah merupakan ketua biro Tugas² Khas dan akan memangku jawatan tersebut bermula 20 March 2023 dan sehingga akhir penggal. Tahniah diucapkan buat bro Asnalizam.

ITD Club juga ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada bro Mohd Affindee Haji Hamzah (Lab Asst. C22) yang telah berhijrah ke Kulliyyah ICT berkuatkuasa 15 March 2023. Di-doakan semoga bro Mohd Affindee akan lebih maju jaya selepas ini bersama KICT.

ITD Club juga ingin turut mengucapkan SELAMAT DATANG  dan mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga baru ITD, iaitu bro Amar Syahmi Sulaiman (FA29) dan sis Azni Syahirah Azhari (F41), ke ITD. 

** Album Majlis Farewell ITD : klik di sini

** ps: Lantikan penuh AGM 2021 : klik di sini

** ps: Lantikan asal AGM 2021 : klik di sini


bro Noor Syazwan Adli Nordin ...

bro Noor Syazwan Adli Nordin ... bersama Madam NJ & bro Shah Reza.


bro Noor Syazwan Adli Nordin ... bersama boss beliau, bro Khairul Sazaney

Welcome to ITD ... bro Amar Syahmi (FA29)

Welcome to ITD ... sis Azni Syahirah (F41)


bro Mohd Affindee Hj. Hamzah ... secara rasmi bertukar status sbg staff KICT pd 15 Mar 2023.

Comments

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Tahniah bro Ahmad Zaim dan isteri ...

 Salam. Tahniah diucapkan untuk bro Ahmad Zaim bin Zakaria , yang telah mendirikan " masjid " pada 16 Sep 2024 bersama pasangannya,  Nurulain Syafiqah bt Che Ariffin  di Kg. Tawang, Bachok, Kelantan. Majlis resepsi di pihak keluarga Ahmad Zaim pula telah diadakan di Bukit Setongkol, Taman LKNP, Kuantan, Pahang pada 30 Jan 2025. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh beberapa staf ITD. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan  TAHNIAH  kepada  bro Ahmad Zaim bin Zakaria & isteri  di atas perkahwinan ini. Di-doakan semoga perkahwinan ini akan kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.