Skip to main content

Selamat Bersara Puan Rohaya Husain ...

      05 Dec 2020 - Hari ini merupakan satu hari bersejarah buat Puan Rohaya Husain, kerana ianya adalah hari persaraan beliau sejak berkhidmat di IIUM sejak May 1987. Semalam 04 Dec 2020 merupakan hari terakhir Puan Rohaya berkhidmat di IIUM, di mana jabatan akhir beliau adalah di Kulliyyah KAED. Beliau bersara genap pada ulangtahun usia ke-58 pada hari ini. 

      Untuk rekod, Puan Rohaya merupakan bekas staf ITD dan telah berkhidmat di ITD hampir 20 tahun sejak 1998 hingga Jan 2017. Pada tahun 2017 beliau telah berpindah dari ITD ke KAED (maklumat lanjut). Puan Rohaya juga merupakan bekas ahli ITD Club dan juga bekas exco ITD CLUB 2014-16, dan pernah memegang jawatan ketua biro Kebajikan.

      Puan Rohaya juga terkenal di bidang sukan IIUM, di mana beliau pernah mewakili IIUM dalam beberapa siri kejohanan antara-Universiti (SUKUM) dalam acara tenpin bowling. Beliau telah banyak kali mewakili ITD dan memenangi pingat dalam pertandingan antara jabatan (Inter-Department) dalam acara bowling.

      Kami di ITD Club amat menghargai dan mengingati Puan Rohaya yang mana beliau merupakan di antara staf yang paling lama telah berkhidmat di ITD, dan merupakan staf admin yang paling lama kekal berkhidmat di ITD.

      Akhir kata, ITD Club amat menyanjung tinggi semua jasa-jasa yang telah dicurahkan oleh Puan Rohaya selama berada di ITD, dan kami ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Puan Rohaya untuk apa jua bidang yang bakal beliau ceburi selepas ini.

Terima kasih Puan Rohaya... wassalam.


Hari akhir di IIUM... 04 Dec 2020

Puan Rohaya Husain

sis Rohaya di tahun 2002...

sis Rohaya di tahun 2003...

sis Rohaya di tahun 2003...

sis Rohaya di tahun 2002..

sis Rohaya di tahun 2002..

sis Rohaya di tahun 2010..

sis Rohaya di tahun 2015..




Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club