Skip to main content

Selamat Maju Jaya ... sis Rohaya Husain

13 Jan 2017 - Hari ini merupakan hari terakhir untuk sis Rohaya Husain berkhidmat di ITD, setelah hampir 20 tahun berada bersama keluarga ITD Gombak.

Sis Rohaya merupakan antara staff admin paling senior di ITD bakal berpindah ke Kuliyyah of Architecture (KAED) berkuatkuasa pada 15 Jan 2017.

Sis Rohaya juga merupakan atlit bowling IIUM dan sering mewakili ITD dalam acara sukan tenpin bowling di sukan inter-staff Games dan juga ke sukan SUKUM sejak tahun 1999.

ITD Club mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada sis Rohaya, dan terima kasih selama berkhidmat dan bersama keluarga ITD Gombak.



--------------------------------
Berikut adalah coretan email terakhir drpd sis Rohaya Husain:

Assalamualaikum...

Kepada seluruh warga ITD yang saya sayangi.... Hari ini adalah hari terakhir saya berada di sini.  berat sungguh untuk meninggalkan bangku ini yang sudah sekian lama menampung kehadiran saya setiap hari sepanjang hampir 20 tahun... Dengan perasaan yang bercampur baur saya perlu mengambil perpisahan ini dengan redha dan positif kerana saya yakin perancangan Allah SWT adalah lebih baik dari apa yang saya sangkakan.

Dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga ITD yang sangat banyak memberikan saya berbagai kenangan manis dan indah yang tidak mungkin dapat saya lupakan selamanya.  Kepada oficer2 yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, teguran, bimbingan, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga, Insya Allah akan saya jadikan pedoman untuk di bawa ke tempat yang baru nnt.

Saya juga memohon agar diampunkan segala dosa, kesilapan, kesalahan saya selama saya berada di ITD...mungkin ada keterlanjuran dalam tingkah laku dan kebiadapan tutur kata saya, harap semua tidak menyimpannya di hati...mohon maafkanlah saya.

Sebelum mengundur diri saya mohon dihalalkan segala makan minum, dan jika ada saya terhutang yang belum jelas sila bagi tahu saya melalui email atau no telefon saya 018 2389727.

Akhir kata:  
Kalau ade sumur di ladang
boleh saya menumpang mandi
Kalau ade umur yang panjang 
boleh kite bertemu lagi

Kalau ade jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ade silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati....

Sekian...

Rohaya husain
13 January 2017
2:45pm





Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club