Skip to main content

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD membelasah lawan 5-0

07 March 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah melakar satu kemenangan yang cukup besar dalam perlawanan kedua mereka dalam Liga Bolasepak Staff IIUM 2017.

IBNU AHMAD telah membelasah pasukan AL FARABI (yg diwakili OSEM, Crescent) dengan jaringan yang agak besar iaitu 5-0.

Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah : Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Zahir, Mohd Sauffee (GK), Adis Nabawi (GK2), Mohd Farid Sani, Meor Shahfitri, Razman Bakhtiar, Mohd Arni & Mohd Nazri Baharom.

Pasukan IBNU AHMAD mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, dan menambah lagi 3 gol pada separuh kedua. Walaupun 5 gol telah dijaringkan, ada beberapa peluang keemasan yang gagal dimanfaatkan oleh penyerang-penyerang Ibnu Ahmad. Penjaga gol, bro Sauffee beraksi cemerlang untuk menafikan semua percubaan pasukan Al-Farabi.

Gol-gol pasukan IBNU AHMAD telah dijaringkan oleh :
Safwan Saaid (ITD) - 1 gol
- Fazlullah Mohd Yusof (Lib) - 1 gol (Penalti)
Hj Mohd Nasri (lib)- 1 gol
- Asnalizam (ITD) - 1 gol
Mohd Shahrin Saat (ITD) - 1 gol

TAHNIAH IBNU AHMAD !!















Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club