Skip to main content

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD tewas kali kedua ... kepada IIUM HOLDING

28 March 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah mengalami kekalahan kedua dalam perlawanan ke-4 mereka dalam Liga Bolasepak Staff IIUM 2017.

Kali ini, IBNU AHMAD telah dikecewakan oleh pasukan IIUM HOLDING dengan hanya 1 jaringan yang yang boleh dianggap sebagai menang nasib. Keadaan padang yang agak sedikit becak , telah memperlahankan corak permainan Ibnu Ahmad, yang bermain tanpa penjaga gol utama - bro Sauffee & diganti dengan bro Adis Nabawi.

IIUM HOLDING pula telah menurunkan 3 pemain asing, 2 dari Afrika dan seorang pemain Arab.

Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah : Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Farid Sani,  Adis Nabawi (GK),  Meor Shahfitri, Mohd Nazri Baharom & Razman.

Asakan bertali arus telah dilakukan oleh pasukan IIUM HOLDING sejak awal permainan. Winger kiri dan kanan HOLDING bermain dengan sangat pantas, dan pertahanan Ibnu Ahmad terpaksa bermain dengan tempo laju dan dipaksa untuk bekerja keras. 3 percubaan on-target telah dilakukan oleh HOLDING , tetapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Ibnu Ahmad, bro Adis Nabawi. Di akhir separuh pertama, satu sepakan lambung yang kurang berbahaya daripada pemain Afrika IIUM Holding telah menuju mencecah ke palang gol Ibnu Ahmad dan tiba-tiba telah menerjah jaring. HOLDING mendahului 1-0 sehingga tamat separuh pertama.

Pada separuh kedua, perlawanan berlangsung dengan agak lasak dan keras. Body contact berlaku antara beberapa pemain Ibnu Ahmad dan HOLDING. Di pertengahan game kedua, pengadil telah melayangkan 3 KAD KUNING kepada pemain HOLDING di atas permainan yang agak kasar dan keras.

10 minit sebelum tamat, Ibnu Ahmad telah diasak dan penjaga gol telah melakukan kesilapan, memegang bola hantaran pemain sendiri. Pengadil telah menghadiahkan indirect free-kick kepada HOLDING. Ketika pasukan sedang bertahan, bro Adis (penjaga gol) telah mengalami kecederaan teruk kerana telah dilanggar oleh 2 pemain Ibnu Ahmad sendiri, dalam usaha mempertahankan pintu gol semasa sepakan indirect free-kick tadi dilakukan. Bro Adis terpaksa dikeluarkan kerana cedera di kepala, dan diganti oleh penjaga gol bidan terjun, bro Aidi Topeh.

Akhir masa, Ibnu Ahmad sah mengalami kekalahan yang kedua dengan jaringan o-1. Pasukan Ibnu Ahmad, terpaksa turun ke tangga ke-4 Liga, buat masa ini dengan kutipan - 6 mata, 9 jaringan gol dan 3 bolos.

** Tuan Manager telah memilih bro Meor Shahfitri sebagai pemain terbaik perlawanan dan bro Nazri Baharom selaku pemain ke-2 terbaik.


Razman & Manager ...





Bro Adis mengalami kecederaan di kepala.


Pemain terbaik match #2 ... bro Fazlullah @ Abg Pen (Captain).

Pemain ke-2 Terbaik malam ini ... Muhd Nazri Baharom

Pemain Terbaik malam ini ... Meor Shahfitri a.k.a. Orang Besi ITD

LOGO IBNU AHMAD 2017...


Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club