Skip to main content

Football Friendly Match - ITD IIUM vs UUM IT di Sintok, Kedah

Pada 09 January 2016 yang lalu, satu perlawanan persahabatan bolasepak telah dilangsungkan di antara ITD IIUM & pasukan UUM IT,  Kedah. Perlawanan ini telah diadakan di padang Stadium UUM, Sintok, Kedah. Objektif lawatan dan perlawanan ini diadakan adalah bertujuan untuk saling kenal-mengenali dan bertukar-tukar fikiran antara dua buah pusat IT di IPT awam Malaysia, di samping dapat mengukuhkan ukhuwwah sesama umat Islam.

Pasukan ITD IIUM telah diwakili oleh :
  • Ahmad Fahmi Yusof (team manager)
  • Safwan Saaid (Captain), 
  • Asnalizam Abu Talib (juga sbg coach), 
  • Mustakim Ahmad, 
  • Hafizuddin Hasan, 
  • Mohd Farid Sani, 
  • Hasnol Firdaus Mat Noor, 
  • Muhammad Nazri Baharom,
  • Muhammad Zulhusni Mat Isa,
  • Syed Mohd Hazrul, 
  • Mohd Zahir Mat Salleh (GK2), 
  • Mohd Sauffee @ Copot (GK1), 
  • Shahrin Saat, 
  • Shah Reza Ahmad , 
  • Mohd Arni Ameruddin RMC, 
  • Meor Shahfitri Education, 
  • Azizul Hakim CFS, 
  • Mohd Nadzeri Nordin CFS, 
  • Eshmir Edika CFS, 
  • Izzudin CFS, 
  • Zulkhyril Aikol, dan 
  • Yaab Anuar.
Pada saat-saat akhir, dua orang ahli kami, Hafizee KICT (Jebat) & Mohd Shahrul Nizam IRK (Achong), terpaksa menarik diri daripada lawatan kerana masalah keluarga.

Satu keputusan yang agak kurang memberangsangkan harus diterima, di mana pasukan ITD IIUM buat kali pertama gagal mencapai kemenangan apabila tewas 0-5 kepada pasukan UUM yang dilihat lebih mantap dan berpengalaman luas.
Separuh masa pertama, pasukan ITD IIUM hanya ketinggalan 0-1 walaupon diasak bertalu-talu oleh pasukan UUM IT. Penjaga gol ITD, bro Copot telah beraksi cemerlang kerana telah menyelamatkan lebih kurang 7 percubaan tepat daripada pasukan UUM IT. Pasukan ITD IIUM berjaya memperoleh satu sepakan penalti selepas pemain UUM menahan bola dengan tangan, tetapi pasukan ITD gagal menjaringkan sepakan penalti apabila sepakan bro Shahrin Saat sedikit melambung melepas palang gol.
Pada separuh masa kedua, pasukan ITD telah diasak bertalu-talu dan bocor 2 lagi gol dan menjadikan kedudukan 0-3. Selepas pertukaran penjaga gol kedua, bro Zahir, ITD IIUM telah dibolosi sebanyak 2 gol lagi. Di mana, gol terakhir adalah gol jaringan sendiri pemain ITD IIUM, apabila bola rembatan pemain UUM IT telah terkena bro Nazri dan melantun ke dalam gol sendiri.

Di sini kami pihak ITD IIUM ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan UUM IT di atas kemenangan ini, dan terima kasih diucapkan kepada pengurusan UUM IT di atas layanan yang cukup baik kepada pasukan kami,

Juga terima kasih kepada semua pemain-pemain yang mewakili ITD IIUM, yang telah menunjukkan sikap & semangat yang bagus, sentiasa berusaha dan berlatih dengan gigih, serta telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini.
Semoga kita akan bertemu lagi pada waktu² akan datang.

TERIMA KASIH.

** Full Album : sumber dari photographer ITD IIUM
** Full Album : sumber dari photographer UUM IT
























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club