Skip to main content

Football Friendly Match - ITD vs IIUM Veteran (Rematch)

Pada 06 January 2016 yang lalu, satu perlawanan persahabatan bolasepak telah diatur SEKALI LAGI di antara ITD & pasukan IIUM Veteran. Perlawanan ini telah diadakan di padang Stadium IIUM.

Pasukan ITD yang di-uruskan oleh bro Fahmi ini telah diwakili oleh : Safwan Saaid (Captain), Asnalizam (juga sbg coach), Mustakim, Hafizuddin Hasan, Mohd Farid Sani, Muhammad Nazri Baharom, Mohd Zahir (GK1), Mohd Sauffee (GK2), Muhammad Afdhol, Shahrin, Arni RMC, Meor Education, Hafizee@Jebat KICT, dan 2 orang pemain jemputan dari KOE (Sapora & Yaab Anuar).

Satu keputusan memberangsangkan telah dicapai di mana pasukan ITD telah berjaya menewaskan pasukan IIUM Veteran dengan keputusan 5-3.
Gol-gol ITD telah dijaringkan oleh kapten pasukan ITD, bro Safwan Saaid (2 gol), Hafizuddin Hassan (1 gol), Asnalizam (1 gol) & 1 gol oleh Safurazuradi (pemain jemputan).



RANGKUMAN PERLAWANAN.

Bermula separuh masa pertama, pasukan ITD telah diasak bertalu-lalu oleh pasukan IIUM Veteran yang diwakili beberapa muka baru. Pada 10 minit pertama, kedudukan berubah 0-1 apabila ITD telah dibolosi buat kali pertama. Penjaga gol, Mohd Zahir telah terlalu ke posisi hadapan apabila hanya mampu melihat lambungan tinggi daripada pasukan Veteran.

Beberapa minit kemudian, ITD sekali terkena dengan rembatan laju pasukan Veteran, yang mengukuhkan kedudukan dengan 2-0. Pertahanan ITD sekali lagi gagal menyekat kemaraan pasukan Veteran.

Beberapa minit kemudian, ITD akhirnya berjaya menghasilkan gol pertama hasil rembatan bro Hafizuddin Hasan yang berjaya memperdaya penjaga gol lawan. Kedudukan ITD 1-2. Dan sebelum berakhir separuh masa pertama, ITD berjaya menyamakan kedudukan oleh pemain jemputan, bro Safura . Kedudukan ditamatkan pada separuh masa pertama dengan 2-2.

Pada separuh masa kedua pula, ITD memasukkan penjaga gol baru iaitu bro Sauffee bagi menggantikan bro Zahir. Waktu awal separuh masa kedua, kawasan gol ITD banyak diasak oleh pasukan IIUM Veteran. Bagaimanapun, gol ke-3 ITD berjaya direalisasikan oleh ketua pasukan, Bro Safwan Saaid dengan menggelecek seorang pertahanan dan penjaga gol lawan dengan cantik dan tolakan mudah berjaya menggegar jaring.

Beberapa minit kemudian, ITD kembali lagi terkena dengan gol ke-3 daripada pihak IIUM Veteran yang menjadikan kedudukan 3-3.

Beberapa minit kemudian, Safwan sekali lagi berjaya menjaringkan gol yang ke-4 dan ITD kembali mendahului kedudukan dengan 4-3.

Di akhir masa perlawanan, jurulatih pasukan ITD, bro Asnalizam berjaya menceriakan kem pasukan dengan gol ke-5 dan menjadikan kedudukan ITD dengan kemenangan 5-3.

Akhir kata, TAHNIAH kepada semua pemain ITD yang telah mempamerkan kesungguhan dan permainan yang amat luar biasa dan memberangsangkan. KIPIDAP!!!

Statistik jaringan gol ITD selepas 2 perlawanan persahabatan adalah seperti berikut :
  • Safwan Saaid (captain) - 4 gol
  • Hafizuddin Hasan - 1 gol
  • Asnalizam - 1 gol
** Nota kaki : Pasukan IIUM Veteran adalah pemenang pingat GANGSA dalam sukan INTER-VARSITY STAFF GAME Malaysia 2015.










Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club