Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2024

SELAMAT TINGGAL 2024 & SELAMAT DATANG 2025.

   SELAMAT TINGGAL 2024 & SELAMAT DATANG 2025. Assalamu'alaikum warahmatullah. Hari ini adalah hari terakhir 2024 & bakal tiba kehadiran 01 Januari 2025. Didoakan semoga kehadiran tahun baru ini bakal memberi satu cahaya dan idea baru & dapat membina satu azam baru buat kita semua, yang mana ia akan dapat membakar semangat dan kekal positif dalam terus mengharungi cabaran-cabaran baru yang bakal tiba nanti. Semoga tahun baru ini akan memberi rezeki, kebaikan dan kelebihan kepada kita semua, ketimbang daripada tahun lalu. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.

IIUM Staff Contingent Appreciation 2024 ... tahniah atlit² ITD

30 Dec 2024 - Hari ini telah berlangsung majlis IIUM Staff Contingent Appreciation 2024, di Banquet Hall, IIUM. ITD Club ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlit² ITD, iaitu sis Norliza bt. Ahmad Zainuddin dan bro Azizulkefly bin Muhamed Amin, kerana telah menjadi antara atlit yang mendapat anugerah penghargaan di majlis berkenaan. Untuk info, sis Norliza & team telah mendapat pingat perak (silver) untuk acara Netball di Kejohanan SUKUM 2024. Manakala, bro Azizulkefly telah mendapat dua pingat gangsa dalam acara Pingpong Single & Pingpong Beregu Campuran, di kejohanan yang sama, yang telah berlangsung di UMS pada Aug 2024. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlit ITD, dan semoga anda akan terus cemerlang dan sukses di masa² akan datang. .

So Long, Farewell... bro Khairulannuar Mat Tahir

12 Dec 2024 - Hari ini adalah hari terakhir buat bro Khairulannuar bin Mat Tahir berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Khairulannuar,  telah memulakan karier di IIUM pada Aug 2001 di IIUM Gombak selaku Penolong Pegawai IT gred F5(F29). Beliau telah berkhidmat di IIUM selama 23 tahun dan menamatkan perkhidmatan (resigned) di ITD sebagai Pegawai IT (F41), pada tarikh tamat 13 Dec 2024. Untuk rekod, bro Khairulannuar juga pernah berkhidmat IIUM Library (2003-2008) dan di IIUM CFS Petaling Jaya (2008-2013). ITD CLUB ingin mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Khairulannuar bin Mat Tahir , dan semoga akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Khairulannuar, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerja...