Skip to main content

Majlis Doa Selamat buat bro Faisal Sukim & Farewell buat sis Dayang Dahliana

 10  May 2024 - Satu majlis do'a selamat & farewell telah diadakan di BYOD Lab, ITD, buat bro Mohd Faisal Sukim yang akan mengerjakan ibadah Haji & farewell buat sis Dayang Dahliana, yang mana beliau akan bersara awal (optional retirement) pada 31 May 2024.

Majlis doa selamat ini telah dimulakan dengan bacaan surah al Waqi'ah, diketuai oleh bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club) dan sesi doa selamat oleh bro Raziq Irfan.

ITD Club ingin mengucapkan buat bro Mohd Faisal Sukim, selamat mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini, semoga mendpt haji mabrur, semoga selamat dalam perjalanan pergi & pulang... ampun maaf daripada kami semua.

ITD Club juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT  MAJU JAYA buat sis Dayang Dahliana, di atas persaraan beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau akan tamat pada 31 May 2024. 

ITD Club mendoakan agar sis Dayang Dahliana akan lebih maju jaya dan berjaya di luar sana, dan semoga penghijrahan baru ini dapat memberi 1000 kebaikan buat sis Dayang. InsyaAllah.

** Album Majlis Farewell : klik di sini










Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club