Skip to main content

Bantuan Kilat untuk staff yang terkesan musibah banjir Dec 2021

 24 Dec 2021 - Hari ini mewakili pihak ITD, melalui usaha sama ITD Club dan ITD Admin (ARiFe), telah berjaya mengumpul dan menyampaikan sedikit sumbangan derma kilat untuk staff² ITD yang telah terlibat dan terkesan dengan musibah banjir yang telah berlaku pada 17-19 Dec 2021 di negeri Selangor, yang merangkumi kawasan² di Shah Alam, Klang, Puchong, Hulu Langat, Gombak dan sekitarnya.


Antara staff ITD yang terkesan dengan musibah banjir kali ini adalah :

  1. Muhammad Izzat Bahaman - Hulu Langat, Selangor.
  2. Mohd Shazaruddin @ Oden - Klang
  3. Muhammad Aidil - Klang 
  4. sis Fazilah - Seksyen 19, Shah Alam
  5. bro Mahathir Kasan - Seksyen 24, Shah Alam
  6. Haji Hasni Abdul Rahman - Sg Cincin, Gombak.

Lawatan muhibbah telah dilakukan ke rumah bro Mahathir Kasan di Seksyen 24, Shah Alam, pada 22 Dec 2021, yang disertai oleh Madam Fazlinda Ayu, sis Norliza (Cik L) dan bro Helmi Joe.

Bantuan kepada bro Izzat dan sis Fazilah telah dibuat secara online banking, disebabkan pada masa ini, mereka masih bercuti untuk melakukan kerja² pembersihan di kawasan perumahan mereka.

ITD CLUB men-doakan semua staff terlibat dipermudahkan segala urusan.

** Full Album : klik di sini


Madam Fazlinda Ayu menyampaikan token utk bro Hasni.

Madam Fazlinda Ayu menyampaikan token utk keluarga bro Aidil.


Madam Fazlinda Ayu menyampaikan token utk bro Oden sekeluarga.


Lawatan muhibbah ke rumah bro Mahathir Kasan di Seksyen 24, Shah Alam.

Lawatan muhibbah ke rumah bro Mahathir Kasan di Seksyen 24, Shah Alam.






Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club