Skip to main content

So Long, Farewell ... bro Munir Suhaimee

 15 Sep 2021, hari akhir beliau berkhidmat di IIUM dan jabatan akhir beliau adalah berkhidmat sebagai staff Information Technology Division (ITD), IIUM yang diletakkan bertugas di zon IT-KAED.

Untuk rekod, persaraan ini adalah pertama kali bagi staf gred F yang bersara genap umur 60 tahun di IIUM, dan bro Munir adalah orang pertama yang mencipta rekod bersara dalam kategori tersebut.

ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Munir Suhaimee, di atas hari persaraan ini. Semoga bro Munir akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini.

ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Munir, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan bro Munir.

Semoga persaraan ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga kita ketemu lagi di masa hadapan nanti, InsyaAllah.


ITD CLUB.

ps: Sumbangan Appreciation Token untuk bro Munir ... click here


Bro Munir Suhaimee ...




A Tribute Video ... https://www.youtube.com/watch?v=yhWbmb1J9ng

Comments

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Tahniah bro Ahmad Zaim dan isteri ...

 Salam. Tahniah diucapkan untuk bro Ahmad Zaim bin Zakaria , yang telah mendirikan " masjid " pada 16 Sep 2024 bersama pasangannya,  Nurulain Syafiqah bt Che Ariffin  di Kg. Tawang, Bachok, Kelantan. Majlis resepsi di pihak keluarga Ahmad Zaim pula telah diadakan di Bukit Setongkol, Taman LKNP, Kuantan, Pahang pada 30 Jan 2025. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh beberapa staf ITD. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan  TAHNIAH  kepada  bro Ahmad Zaim bin Zakaria & isteri  di atas perkahwinan ini. Di-doakan semoga perkahwinan ini akan kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.