Skip to main content

PERUTUSAN MAAL HIJRAH 1442H/2020M

 Assalamu'alaikum,


Saya meminjam gambar diatas yang diambil sewaktu Hari Berkebun ITD 2019 dimana saya melihat adanya seribu satu makna yang berkaitan dengan konsep hijrah. Kita semua maklum bahawa kerja kita saban hari bergelumang dengan 'coding', perkakasan IT dan telekomunikasi yang canggih. Namun, kita pada hari itu, meletakkan semuanya dibelakang dan bersama-sama membersihkan tapak kebun dihalaman ITD yang tercinta. Ianya seolah-olah satu 'hijrah', kita bersama-sama 'turun' dari kebiasaan dan keselesaan kita untuk membuat sesuatu yang tidak berkaitan dengan tugas hakiki kita. Dan kita lihat hari ini, kebun itu yang dijaga dengan baik hasilnya sudah dapat dituai beberapa kali dan dinikmati bersama.


Sahabat-sahabat ITD semua...


Pada hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk membersihkan 'tapak kebun' kita yang sebenar iaitu ITD itu sendiri. Pertamanya, kita seharusnya melihat ITD sebagai satu entiti yang besar dan bukannya pecahan bahagian atau unit-unit. Disini, kita perlu bekerjasama sebagai satu entiti walaupun berlainan bahagian atau unit bak kata pepatah "Bersatu teguh, bercerai roboh".


Keduanya, kita menghadapi kekangan dari semua sudut terutamanya dari segi belanjawan tahunan, kecukupan sumber manusia, peningkatan teknologi yang sentiasa berkembang dan juga pelbagai isu-isu lain. Apa yang kita boleh lakukan sekarang, ialah dengan berhijrah  keluar dari zon 'selesa' dan cuba manfaatkan segala sumber yang masih ada. Ini juga memerlukan pengorbanan dan dedikasi setiap individu. 


Terakhir sekali, saya sebagai presiden ITD Club 2018/2020 memohon maaf diatas kekurangan dan kelemahan saya didalam mengemudi ITD Club selama ini. Pelbagai rancangan yang diatur terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan di masa PKPP ini. Saya memohon kepada semua untuk membuat 'hijrah' yang baru iaitu dengan memilih muka-muka baru yang lebih berkaliber dan jitu di AGM ITD Club yang akan dilangsungkan dalam masa terdekat.


Sempena sambutan peristiwa Hijrah yang bersejarah ini, marilah kita bersama-sama memperkuatkan perpaduan dan mengembleng tenaga menjalankan kewajipan di universiti yang tercinta. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga perjuangan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungiNya.


Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


MOHD FARISALHARISI BIN MOHD YAZIZ

PRESIDEN ITD CLUB 2018/2020




Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club