Skip to main content

Selamat Maju Jaya bro Hafizuddin Hassan ...

 26 Dec 2019 - Satu majlis farewell telah diadakan oleh ITD CLUB bagi merai-kan bro Muhammad Hafizuddin bin Hassan Basri, yang bakal meninggalkan ITD Gombak dan akan memulakan khidmat baru di IT Unit, IIUMMC Kuantan pada awal Januari 2020.

Untuk rekod, bro Hafizuddin mula berkhidmat di IIUM dan ITD pada 02 May 2012. Beliau berkhidmat di unit Apps dari sejak mula masuk sehingga penghujung Dec 2019.

Bro Hafizuddin juga merupakan seorang atlit yang hebat di ITD dan IIUM. Beliau pernah mewakili ITD dalam beberapa sukan seperti, bolasepak, futsal, pingpong dan volleyball. Bro Hafizuddin juga pernah mewakili IIUM ke sukan SUKUM 2016 (inter-Varsity) dalam acara sukan futsal. Berikut adalah kejayaan yang telah dicapai oleh bro Hafizuddin di peringkat IIUM Staff Games:

  • Volleyball - Silver (2019) .
  • Pingpong (Men Doubles) - Bronze (2015 & 2019), Gold (2016) .
  • Futsal - Silver (2018) .
  • Football - Bronze (2019), Silver (2018) .


Akhir kata, ITD CLUB mengucapkan setinggi-tinggi Selamat Maju Jaya kepada bro Hafizuddin, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada bro Hafizuddin. 

Semoga berjumpa lagi.




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club