Skip to main content

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD melakar kemenangan 2-0 tapi tidak memberi makna...

11 April 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah berjaya menumbangkan pasukan IBNU SINA (gabungan Finance, Development & Chancellory) dengan jaringan 2 gol tanpa balas, dalam perlawanan ke-6 dan terakhir liga tahun ini.

Akan tetapi, kemenangan ini langsung tidak memberi sebarang erti kepada pasukan IBNU AHMAD, kerana pada dua perlawanan sebelum itu, kedudukan JUARA, NAIB JUARA & TEMPAT KE-3 sudah ada pemenangnya. Perlawanan ini yang bermula sekitar jam 9.30pm , hanyalah untuk melengkapkan jadual liga sahaja. Permainan IBNU AHMAD sedikit berterabur dan tidak tersusun pada mula nya, dan kedudukan adalah 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh kedua, perubahan posisi dan pertukaran striker baru dibuat. Permainan agak lebih tersusun dan IBNU AHMAD kembali menyerang dan mengasak sehingga terhasil 2 gol yang cantik. Keadaan padang yang becak teruk sedikit menjejaskan 3 lagi peluang terhidang untuk menjaringkan gol, tetapi gagal ditunaikan.

Gol-gol IBNU AHMAD telah dijaringkan oleh :
Gol ke-1 : jaringan Safwan Saaid.
Gol ke-2 : jaringan Asnalizam.

Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah : Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Zahir, Mohd Sauffee (GK), Razman Bakhtiar, Meor Shahfitri, & Mohd Nazri Baharom.

Pasukan IBNU AHMAD pada tahun ini berjaya kekal di kedudukan ke-4 Liga dan sebenarnya prestasi tahun ini cukup meningkat berbanding pada tahun 2016, cuma nasib tidak menyebelahi pasukan.

Akhir kata, TAHNIAH IBNU AHMAD dan semua pemain!! Kipidap.
Cuba lagi pada musim depan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
IBNU AHMAD's STATISTIC 2017:
Won  - 4 games
Lost  - 2 games
Draw - 0 game

Goal Scorer:
3 goals : Shahrin Saat, Safwan Saaid <-- Kasut Emas
2 goals : Zaki, Hj Nasri, Zamm
1 goal   : Fazlullah Yusoff (Capt)

Goal Against (G/keeper) :
2 goals : Adis Nabawi
1 goal   : Sauffee @ Copot
0 goal   : Aidi Topeh

Yellow Card :
1. Shahrin - Match 3
2. Adis Nabawi (GK) - Match 4

Manager's Best Players (Man of the Match)
Match 1 : Ahmad Zaki ... Panjang (2nd)
Match 2 : Fazlullah... Asnalizam (2nd)
Match 3 : Sauffee ... Shahrin (2nd)
Match 4 : Meor .... Nazri (2nd)
Match 5 : Shahrin ... Safwan (2nd)
Match 6 : Aidi Topeh ... Sauffee (2nd)

Players of the Season 2017:
1. Asnalizam
2. Shahrin
3. Fazlullah (Capt)
4. Meor Shahfitri
5. Nazri Baharom

Fair-Play Players:
1.  Wak Jan
2.  Zaki Rashid
3.  Razman
4.  Topeh
5.  Mohd Zahir



Kedudukan terakhir liga bolasepak ISG 2017 ...











Sauffee - 2nd Man of the Match - Game 6

Aidi Topeh - Man of the Match - Game 6

Ibnu Ahmad Top Scorer 2017 (3 goals) - Safwan Saaid

Ibnu Ahmad Top Scorer 2017 (3 goals) - Shahrin Saat

Ibnu Ahmad Best Player of The Season 2017 - Asnalizam

Ibnu Ahmad Captain of the Year - Fazlullah Yusoff

Ibnu Ahmad Asst. manager - Wak Jan

Farewell Player - Muhd Nazri Baharom


Comments

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club