Skip to main content

IIUM Staff Games 2015 - PINGPONG

Pada 24 May 2015 yang lalu, telah berlangsung pertandingan acara PINGPONG untuk Sukan Inter Staff 2015.

Pasukan ITD di bawah kontinjen Ibnu Ahmad telah menghantar beberapa pemain untuk acara SINGLE & DOUBLE seperti berikut :

SINGLE - Fahmi Yusof, Che Junaidi, Hafizzudin, Mohd Zahir.

DOUBLE - Hafizuddin/Sauffee, Shahreza/Mohd Zahir, Badli/Safwan, Junaidi/Zul Anuar (CPD) , dan Fahmi Yusof/Ustaz Mat Salleh (Celpad).

** Prospek emas ITD , bro Mustakim Ahmad pula terpaksa menarik diri pada saat2 akhir kerana urusan famili.

Untuk tahun ini, pemain2 ITD agak kurang bernasib baik untuk acara SINGLE, tetapi rekod telah dicipta untuk acara double di mana 4 double telah layak secara serentak ke Quarter final.

Dalam acara SINGLE, hanya bro Fahmi yang melepasi peringkat kumpulan dan layak ke play-off Quarter final. Tetapi beliau telah disekat pemain dari IIC, bro Fathi, dengan mata 2-3 , walaupon bro Fahmi telah mendahului 2-0 ada awal perlawanan.

Di peringkat Quarter final,  4 double ITD telah layak serentak. Tetapi dua pasangan telah terkandas di suku akhir, iaitu pasangan Shah Reza/Mohd Zahir dan Junaidi/Zul Anuar (CPD) .

Pada aksi Semi-final, dua pasangan telah layak & teraksa bertemu sesama sendiri , iaitu Fahmi Yusof/Ustaz Mat Salleh (Celpad) vs. Hafizuddin/Mohd Sauffee . Perlawanan ini telah dimenangi  oleh Fahmi Yusof/Ustaz Mat Salleh dengan mata 3-1 dan layak ke final.

Pasangan Fahmi Yusof/Ustaz Mat Salleh yang layak ke FINAL terpaksa berhempas pulas tetapi hanya mampu membawa pulang pingat Perak di mana mereka tewas 1-3 kepada pasangan dari CFS (Wahab/Ustaz Shariff).

Dalam perlawanan penentuan tempat ke-3, pasangan Hafizuddin/Mohd Sauffee pula membuat kejutan apabila menewaskan pasangan berpengalaman iaitu Dr Srazali/Dr.Miszairi dengan kemenangan 3-2 di mana perlawanan berlangsung dengan penuh sengit & kontroversi ; juga sedikit kecederaan telah menimpa Dr Srazali di pertengahan waktu.

Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua pemain2 yang bermain & berjaya dalam kejohanan ini.
Jumpa lagi di lain masa.
#Kipidap.

-------------------------- KEPUTUSAN RASMI  --------------------------

SINGLE ::
** JUARA : Ustaz Shariff (CFS) - GOLD
** NAIB JUARA : Wahab (CFS) - SILVER
** 3rd PLACE : Ustaz Mat Salleh (Celpad) - BRONZE
Fahmi Yusof - layak ke Pusingan ke-2 (play-off Quarter final)
Che Junaidi - tersekat di peringkat kumpulan
Hafizuddin - tersekat di peringkat kumpulan
Mohd Zahir - tersekat di peringkat kumpulan

DOUBLE ::
** JUARA : Wahab/Ustaz Shariff (CFS) - GOLD
** NAIB JUARA : Fahmi Yusof/Ustaz Mat Salleh (Celpad) - SILVER
** 3rd PLACE : Hafizuddin/Mohd Sauffee - BRONZE
- Shah Reza/Mohd Zahir  - layak ke Quarter final
- Junaidi/Zul Anuar (CPD) - layak ke Quarter final & BYE
- Nor Badli/Safwan - peringkat kumpulan


Pemenang BRONZE (Sauffee/HAfizuddin) & SILVER (Fahmi/Mat Salleh) bersama bro Shah Reza




BRONZE Medalist : Hafizuddin & Sauffee

SILVER Medalist : Fahmi Yusof 

Fahmi Yusof & Ustaz Mat Salleh (CELPAD)

Comments

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club