Skip to main content

Staff Games 2011 - Pingpong & Carrom

Pada 24 April 2011 lalu, telah berlangsung pertandingan Staff Games 2011, acara  PINGPONG.

ITD telah menghantar skuad pingpong yang mantap dibarisi oleh : Mustakim (C), Che Junaidi, Fahmi Yusof, Mohd Zahir, Shah Reza, Goo K.Nizam. 

Antara acara yang disertai ITD ialah :
- SINGLE 1 : Mustakim
- SINGLE 2 : Mohd Zahir
- DOUBLE 1 : Che Junaidi & Fahmi Yusof
- DOUBLE 2 : Shah Reza & Goo K.Nizam

Tetapi, malang nya, kuharapkan panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari.
ITD gagal mara ke final (seperti yang dijangkakan) & hanya dapat beraksi hingga SUKU-AKHIR sahaja.



Double 2, Shah & Goo dan Single 2, Mohd Zahir, hanya dapat bermain di pusingan 1 sahaja kerana tumpas di tangan lawan masing-masing, di dalam perlawanan yang sengit.
Double : Shah+Goo kalah kpd Agus+Badwil (Dev.Div) = kalah 1 - 3
Single : Zahir kalah kpd Mat Tahir (KICT) = kalah 2 - 3

Hanya Double 1, Che Junaidi & Fahmi dan Single 1, Mustakim, yang dapat bermain sehingga SUKU-AKHIR. Mustakim yang pada mulanya dilabel sebagai pilihan kejohanan, gagal mara apabila tumpas kepada pendatang baru, Dr. Srazali dengan game sengit, dengan keputusan 2-3. Double harapan ITD, Che Junaidi & Fahmi pula tumpas kpd pasangan IRKHS, Ismail & Azizulkefly dengan mata 0-3.

Nampaknya, ITD terpaksa menerima kekalahan awal yang tidak terjangka ini dan pasti akan kembali pada tahun hadapan dengan pasukan yang lebih kuat & mantap.


** PHOTO GALLERY : click here
*****************************************************************
CARROM Team :
ITD menghantar 2 wakil untuk acara carrom, iaitu bro Hasnol Firdaus & bro Khairiy Eriy.
Mereka telah mencuba sebaik mungkin, tetapi gagal melepasi halangan kerana mereka telah menghadapi saingan yang cukup kuat daripada KCD lain.
Walau bagaimanapun, terima kasih & tahniah untuk semua pemain yang terlibat.


















Comments

  1. Wahai Sdra Mustakim, Saya tetap anggap anda hero. Tak mungkin saya akan menang selama-lamanya...Jangan risau pasukan ITD. Ini bukan mengalah sebab lama dah saya tak pegang Kayu ping pong.

    Srazali

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau ...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club