Skip to main content

Posts

Showing posts from 2025

Kejohanan HLGG Pickleball 2025.

Satu kejohanan sukan di bawah program HLGG anjuran SDC (Sports Development Centre), akan berlangsung pada 19 - 26 June 2025. Program HLGG khas ini adalah melibatkan kejohanan sukan Pickleball Doubles, untuk acara beregu (lelaki dan wanita) sahaja. ITD telah menghantar wakil sebanyak 6 wakil beregu ke pertandingan ini, melibatkan 4 men doubles & 2 women doubles . Selamat maju jaya dan selamat bertanding diucapkan kepada 6 wakil ITD (12 orang atlit) yang akan menyertai dan bertanding dalam kejohanan ini. Pair 1 (Male) ... Hafizuddin Ruslan dan Noor Azrul Idham. Pair 2 (Male) ... Fahmi Yusof dan Asnalizam. Pair 3 (Male) ... Ahmad Zaim & Raziq Irfan. Pair 4 (Male) ... Syed Hazrul & Mohd Nadzeri. Pair 1 (Women) ... Shahana & Shahirah. Pair 2 (Women) ... Azni Syahirah & Aina Safiyyah.

Selamat Bersara, Puan Khairani Che Ibrahim...

30 May 2025, hari ini adalah akhir buat Puan Khairani bt Che Ibrahim berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, Puan Khairani, telah memulakan karier di IIUM pada 09 October 1990. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 35 tahun dan bersara di ITD di gred akhir sebagai F10/F44. Sis Khairani telah berkhidmat di pelbagai unit di ITD & menamatkan khidmat akhir beliau di unit Customer Care, ITD. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  Puan Khairani , di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga sis Khairani akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada sis Khairani, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan sis Khairani. Semoga persaraan ini diberkati Allah s.w...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Tahniah bro Ahmad Zaim dan isteri ...

 Salam. Tahniah diucapkan untuk bro Ahmad Zaim bin Zakaria , yang telah mendirikan " masjid " pada 16 Sep 2024 bersama pasangannya,  Nurulain Syafiqah bt Che Ariffin  di Kg. Tawang, Bachok, Kelantan. Majlis resepsi di pihak keluarga Ahmad Zaim pula telah diadakan di Bukit Setongkol, Taman LKNP, Kuantan, Pahang pada 30 Jan 2025. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh beberapa staf ITD. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan  TAHNIAH  kepada  bro Ahmad Zaim bin Zakaria & isteri  di atas perkahwinan ini. Di-doakan semoga perkahwinan ini akan kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.

T-shirt Limited Edition ITD 2024.

Pada akhir 2024, pihak ITD Club telah memperkenalkan sehelai T-shirt limited edition istimewa kenang-kenangan untuk semua staf ITD . Baju t-shirt sesuai untuk dipakai pada bila² masa & juga boleh dipakai untuk sepanjang program ITD  di sepanjang tahun 2025. Pada yang berminat, anda masih diberi peluang untuk membuat order melalui Bendahari ITD Club, Puan Norliza bt Ahmad Zainuddin pada kadar segera sebelum penghujung Jan 2025. Berikut adalah sedikit teaser beberapa staf ITD yang telah merasmikan dan memperagakan t-shirt baru ITD ini.